KLIP TEATER
oleh Yusrika Bahar
Wednesday, March 31, 2010
Tuesday, March 30, 2010
TERMANGU-MANGU
oleh Yusrika Bahar
Salam.
oleh Yusrika Bahar
Salam.
Aku bosan dengan 'layout' lama. Aku pun tak tahu nak buat macamana lagi. Harap mereka yang berkunjung berpuas-hati dengan 'layout' baru ni. Tapi kalau tak suka pun, bukan kalian yang punya. Blog ini aku yang punya. Hahaha. Saja bergurau melawan kebosanan. Perlukan pembaharuan, motivasi baru tapi tak tahu mahu bermula dari mana.
p/s : Makin gila jadi Prof menguji Tikus-Tikus Makmal.
p/s : Makin gila jadi Prof menguji Tikus-Tikus Makmal.
OH SELAMAT PAGI
OH SELAMAT PAGI MALAYSIA
oleh Yusrika Bahar
Oh hari mula penuh ceria
Oh dihiasi warna-warna
Oh sesama rakyat Malaysia
Oh seia bermuhibah
Perpaduan Tanggungjawab Keharmonian
Toleransi Kepercayaan Penghargaan
Penerimaan Sukarela Cinta Negara
Satu Suara!
Oh resam budaya bersama
Oh tiada rasa sengketa
Oh sesama rakyat Malaysia
Oh sehati seadanya
Usah cipta sengketa
Jangan bermasam-muka
Berpijak dibumi yang sama
Kerana Kita....Satu Malaysia
Oh hari mula penuh ceria
Oh dihiasi warna-warna
Oh sesama rakyat Malaysia
Oh Sehati seadanya
p/s : Blok 5B, Fasa 5&6
oleh Yusrika Bahar
Oh hari mula penuh ceria
Oh dihiasi warna-warna
Oh sesama rakyat Malaysia
Oh seia bermuhibah
Perpaduan Tanggungjawab Keharmonian
Toleransi Kepercayaan Penghargaan
Penerimaan Sukarela Cinta Negara
Satu Suara!
Oh resam budaya bersama
Oh tiada rasa sengketa
Oh sesama rakyat Malaysia
Oh sehati seadanya
Usah cipta sengketa
Jangan bermasam-muka
Berpijak dibumi yang sama
Kerana Kita....Satu Malaysia
Oh hari mula penuh ceria
Oh dihiasi warna-warna
Oh sesama rakyat Malaysia
Oh Sehati seadanya
p/s : Blok 5B, Fasa 5&6
TIKUS JATUH CINTA
TIKUS JATUH CINTA
oleh Yusrika Bahar
Terpukau aku menatap wajahmu
Cantik indahnya, bagai Dewi Pelangi
Tiada gundah, tiada resah
Damainya hatiku merindu
Ikal rambutmu, bundar matamu
Hari berlalu tanpa jemu
Suaramu, usikan manjamu
Aku bahagia disampingmu
Senyummu, bawaku bermimpi
Mimpi indah bersama di Firdausi
Kau genggam tanganku
Eratku menyambut
Inilah cinta pertama
Moga terpatri abadi
p/s : Lagu buat Tikus Makmalku yang pertama kali jatuh cinta.

Sunday, March 21, 2010
UJIAN TIKUS MAKMAL
UJIAN TIKUS MAKMAL
oleh Yusrika Bahar
Salam 1 Malaysia
Klise ke atau relevan?
oleh Yusrika Bahar
Salam 1 Malaysia
Klise ke atau relevan?
Hmmm..dari Presint 4 menapak ke Presint 9. Ujian sungguh buatku. Samada mereka sedar atau tidak, aku sanggup demi tikus-tikus yang kusayang. Pementasan Teater Andai Ada Hari Esok : Malam Puisi & Lagu berakhir sudah. Bagi yang dinilai anda berjaya melengkapkan komponen kemahiran dalam Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Gangsa. Ingat! Masih ada lagi tiga komponen yang perlu disiapkan untuk anda layak bergelar Remaja Perdana Rakan Muda dan mendapat Pingat Gangsa.
Berbicara mengenai Tikus-Tikus Makmal ini, mereka menggelarkan diri mereka Kaki.Teater.Muda.Putrajaya. Jelas, citarasa dan minat mereka dalam berteater dan beraksi diatas pentas amat meyakinkan. Namun harus diingat juga pelajaran harus diutamakan. Buktikan pada keluarga kalian yang anda mampu mengawal kedua-duanya. Cemerlang dan berjaya dalam pelajaran serta aktif berteater dan bergelar Remaja Perdana. Boleh bukan? Pandai-pandailah bahagikan masa..yang penting tuisyen dengan aku jangan lupa. Bukan apa wahai Tikus-Tikus Makmal sekelian, Abang juga perlu hidup dalam survival di Putrajaya ini.
Baiklah. Kita bercakap mengenai Pementasan pula. Teater Andai Ada Hari Esok sebenarnya sarat dengan mesej yang hendak disampaikan. Bermula dengan isu pekerjaan, kasih-sayang si anak yatim, remaja zaman siber, seterusnya hingga menjangkau isu kepimpinan,perkauman dan perpaduan. Sayangnya malam tadi hanya dihadiri oleh keluarga, rakan-rakan terdekat dan segelintir pengunjung seni. Jika lagi ramai yang hadir..hmm pasti mesejnya sampai. Namun apa yang harus dipelajari malam tadi adalah Tikus-Tikus Makmal ini melepasi ujian asas kelayakan. Diharap anda terus bersama Profesor Gila ini dan kita sama-sama naikkan nama Putrajaya dalam bidang Seni Teater. Namun sekali lagi kemanakah anda selepas ini. Esok?
Dari sudut teknikal dan penguasaan pentas, masih banyak lagi yang harus dipelajari dan diambil kira. Namun sebagai penulis skrip, pengarah, penilai dan mentor ARP terpaksalah dipejam sebelah mata kerana anda semua masih dikira Pucuk Pisang Muda yang baru belajar berfotosintesis. Namun selepas ini anda sendiri tahu apa itu komitmen, kesungguhan dan kerjasama.
Nak menulis panjang lagi sebenarnya, tapi masih ada tugasan yang perlu diselesaikan. Nanti sambung dan aku akan upload gambar..
Jumpa lagi..
3.40am, 22 Mac 2010
Presint 9B, Putrajaya.

Labels:
Bila aku pikir,
Bila malam tiba,
Teater
Wednesday, March 3, 2010
JAMBALAYA
JAMBALAYA
oleh Yusrika Bahar
Untuk tempahan hubungi: 016-2158213 / 012-2915033 / electricmindprojects@gmail.com
Layari http://www.youtube.com/watch?v=I-y1tsD0GyE untuk melihat trailer.
p/s: Sokonglah Industri Teater & Karya Tempatan.
oleh Yusrika Bahar
Teater JAMBALAYA adalah himpunan skrip-skrip pendek yang berkenaan kehidupan kita. Dunia disekeliling kita.
Produksi : Electric Mind Project
Arahan : Wai Keat, Nick Dorian & Az'farr Baginda
Karya : Yusrika Bahar, Alex Chua, Adeline Ong, Nick Dorian & Vince edwin
Tarikh : 11-14 Mac 2010
Masa : 8.30 Malam / 3.00 Petang
Lokasi : Annexe Gallery, Pasar Seni
Tiket : RM20.00
Produksi : Electric Mind Project
Arahan : Wai Keat, Nick Dorian & Az'farr Baginda
Karya : Yusrika Bahar, Alex Chua, Adeline Ong, Nick Dorian & Vince edwin
Tarikh : 11-14 Mac 2010
Masa : 8.30 Malam / 3.00 Petang
Lokasi : Annexe Gallery, Pasar Seni
Tiket : RM20.00
Untuk tempahan hubungi: 016-2158213 / 012-2915033 / electricmindprojects@gmail.com
Layari http://www.youtube.com/watch?v=I-y1tsD0GyE untuk melihat trailer.
p/s: Sokonglah Industri Teater & Karya Tempatan.
Labels:
Khabar Dariku..,
Puisi,
Teater,
Teater Pendek
Tuesday, March 2, 2010
TEATER ANDAI ADA HARI ESOK
Malam Puisi & Lagu
Andai Ada Hari Esok...
oleh Yusrika Bin Bahar
Buat Tikus-Tikus Makmal...adakah anda bersedia?
Labels:
Iklan,
Khabar Dariku..,
Puisi,
Teater
Subscribe to:
Posts (Atom)