PROJEK LORONG SENI 1 SUARA 1MALAYSIA

PROJEK LORONG SENI 1 SUARA 1MALAYSIA
Ayuh! Mari Merakyatkan Seni!

JANGAN LUPA KLIK JE!

Friday, January 28, 2011

SENYAP

SENYAP
oleh Yusrika Bahar


.......
Lidah kelu
Akal buntu
......
Tuli
Bisu
......
Siapa aku?



p/s : Asal dari tanah jua.

Saturday, January 22, 2011

JIKA IA KISAHKU

JIKA IA KISAHKU
oleh Yusrika Bahar

Mulutku gumam
Siangku suram
Malamku kelam
Sirahku karam

Aku melihat, mataku buta
Aku membaca, mulutku bisu
Aku mendengar, telingaku tuli
Aku merasa, jiwaku mati

Gersang...
Nafsu merobek waras akal
Agar aku menodai asaku
Maka aku tidak punya kisah yang asyik
Kerana nikmat dunia itu mengaburi Syurgawi
Agar aku mengiakan
Itu yang terbaik buatku selamanya...

Kaki dikepala kaki
Bahu ditapak bahu
Ludah mengangkat darjat
Maka cahaya kau musuhi
Jijik itu kau rindui
Mana benarnya lagi jika tiada harga diri

Pergi MAMPUS!!!!


p/s : Makan daging saudara sendiri!

Tuesday, January 4, 2011

LANGKAH

LANGKAH
oleh Yusrika Bahar


Jika kucari ayat baru untuk beri gambaran

Tidak bisa kugali lagi

Yang tertulis itu termaktub

Bukan ketentuan aku

Namun ini rezekiku

Maka terus jadi habuanku


Bersila aku merenung langit malam

Moga harapan pada bintang jatuh disampaikan

Aku kira perlu selain doa

Kerana aku pasti DIA maha mengetahui segala-galanya

Bukankah usaha juga penentu segala

Walau dia yang memutuskan juga apa hendaknya


Masih lagi kurang dan cacat

Aku perlu cari dan susuri

Bukan menadah simpati mohon dihormati

Biar ada suara-suara bengkeng yang menganjing

Pertanyaan pada siapa yang memberiku makan

Kau bukan tuhan untuk menidakkan

Maka kau aku layan seperti manusia

Tapi jangan sampai kau kusampahkan

Bagai binatang kulemparkan hinaan


Sekarang.

Aku melangkah kehadapan

Tolehan ke belakang rujukan cuma

Agar pengalaman tidak ketinggalan

Jadi panduan untuk kesekian kalinya


Kanan mulanya.



p/s Selamat Tahun Baru 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

2.0.1.1
oleh Yusrika Bahar


Salam 1Belia 1Malaysia




Langkah baru bermula. Buku baru berganti. Lembaran pertama dibuka. Pertamanya syukur pada Allah kerana aku masih meneruskan asa dengan nafas dan kuasa dari-Nya. Mungkin pendek atau panjang lagi. Ucapan terima-kasihku pada kedua ibu-bapa Encik Bahar Bin Ambok Achok dan Puan Talha Bte Hj Supok yang masih memberi restu meneruskan kehidupan ini yang kukira sangat mencabar keimanan dan nafsuku. Seterusnya pada kedua adik-beradikku Cik Sofi Mariam dan Cik Andik Sofi Murni yang memahami. Juga saudara-mara yang tidak kunjung padam merindui dan mengiangatiku. Tiada balasan yang dapat kulampirkan melainkan doa-doa ikhlas moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Tahun Baru 2011 menjengah dan mula berkuasa. Aku masih lagi begini. Tidak kaya, tidak mewah dan masih sendiri. Klise lagi bukan. Namun itu hakikatnya buat sang pencinta dunia Seni Teater dan Puisi ini. Seni masih belum boleh buat kau kaya jika tidak pandai mengampu orang. Aku buat kerja jujur, aku buat kerja ikhlas. Balasan, penghargaan akan hanya jadi bebanan yang bertambah berat dan sukar ditanggung. Itu yang aku hadapi sekarang!

Tidak lupa pada Rakan-Rakan, Kawan-Kawan, Kenalan dan Sahabat-handai yang terus berada menyokong perjuanganku. Tidak akan dilupa pada Tikus-Tikus Makmal yang berkongsi Jiwa dan Rasa dalam menzahirkan karya-karyaku yang tak seberapa nilainya jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang lain yang lebih murni jiwanya, lebih telus dan lebih ber'akademik'. Aku hanya bandingan sebelah mata jika mahu dinilaikan dan diletakkan harga.

Harap langkah tahun baru ini lebih bermakna. Lebih terisi dan lebih ada pengisian. Juga moga ada rehat yang ampuh dan kesihatan yang baik. Aku doakan kepada sesiapa yang mengambil peperiksaan besar tahun ini SPM, PMR dan UPSR, moga berusaha mula sekarang kerana tiada lagi jalan belakang untuk kau toleh jika keciciran. Usaha tangga kejayaan (klise lagi bukan?)


SELAMAT TAHUN BARU 2011!