Sunday, February 20, 2011
AKU GILA!
oleh Yusrika Bahar
Salam
Aku mahu diam tapi aku lapar.
Aku mahu melalak tapi aku lapar
Aku mahu....
Pernahkah kau rasa
Hidup tak seindah yang disangka
Khabar tak seindah rupa
Mimpi tak seindah nyata
Pernahkah kau rasa...
Dan, aku gila minggu ini.
Dan, aku miskin hari ini.
Dan, aku lapar..
Semalam aku gila berteater di PKRM bersama tikus-tikus makmalku. Kemudian aku gila bermain badminton. Kemudian aku gila melayan lagu-lagu bakat baru di Gravvy Baby. Aku gila lagi 'open mic' berpuisi akustik disitu bersama teman-teman dan tikus-tikusku. Fynn Jamal demam aku melalak juga. Suaraku rabak, penatku longlai, poketku kontang, hatiku walang.
Aku gila campur lapar!
Harini masih gila! Esok...?
????
p/s : Jangan tiru hidup aku yang tak menentu!
Tuesday, February 8, 2011
LORONG SENI
oleh Yusrika Bahar
SALAM
12 FEBRUARI 2011 (SABTU)
[10.00 pagi - 11.00 malam]
Pameran dan jualan di Lorong Seni.
- Pentas Aksi.
- KELAB BUDAK2 B.A.N.D MALAYA
- BY HEART CLAN
- YAMAHA ALAMANDA
- Estetica
- Rhoefeq
- Dior
- The Qum Actors
[10.00 pagi - 12.00 tengahari]
Tayangan filem-filem pendek karya anak muda tempatan.
[10.00 pagi - 12.00 tengahari]
Kelas Asas Teater ARP Rakan Muda*
* Khusus untuk peserta ARP, Kaki Teater Muda Putrajaya & pelajar yang telah mendaftar.
* Pelajar / peserta baru dialu-alukan
[2.00 ptg - 6.00 ptg]
Slot puisi dan lagu-lagu akustik serta demonstrasi seni.
- SOUL AWARD
- MOSYUKRI BORHAN
- PKMY (PARKOUR MALAYSIA) / 3RUN.MY
- ER ARTS
- KTMP
- RADAR
- IZAN ALI
- ESTETICA
- THE QUM ACTORS
- THE MENTALIST
- DAYANGKU SITI AFIZAH
- BY HEART CLAN
- IN HEART
-FYNN JAMAL-***
-SALMAN AL-FARISI-***
-PENA-***
-KEMUDI-***
-GAPENA-***
-FAZLEENA HISHAMUDDIN-***
-BOXXTHUG AFIQ-***
-PARADOKS-***
-NAZRIN SHAH SOG-***
-ZAQWAN & DIN –***
-AZREEL AZHAR-***
-ACID HADI-***
-SHAHRIZA MAHMUD-***
-DRUM SIFONI-***
-GAMELAN SMKP11(1)-***
-TRI-***
-KHAIRUL S-***
Ini juga adalah sesi percuma untuk mengembangkan bakat anda.
(Anda boleh berhubung terus dengan NADIA MOKHTAR 017 - 3017549).
Kami tidak menerima bayaran dan kami juga tidak memberi bayaran.ini ruang anda!
[8.00 mlm - 11.00mlm]
Slot performasi Indie band.
- Y2K
- FAULTY DRESS
- SECOND COMBAT
- BY HEART CLAN
- WE BITE ZOMBIE
- THE TICK
- EMOSA PENDOSA
- L IS IN LURVE
Masih terbuka kepada sesiapa yang berminat. Anda boleh berhubung terus dengan DANIAL BOBO ( 017-6032881)
Ini juga adalah sesi percuma untuk mengembangkan bakat anda. Kami tidak menerima bayaran dan kami juga tidak memberi bayaran.
Jika anda mahu dikenali, mengumpul peminat mahupun followers,
ini ruang anda!
Ayuh marilah turut serta dalam kemeriahannya. Atas dasar seni samada genre muzik, sastera, fesyen, seni-lukis, suara, lakonan, puisi, seni visual, barangan kraftangan dan sebagainya amat kami alu-alukan.
Demi seni bermula dari akar umbi, ayuh kita merakyatkannya sama ada moden, tradisional atau kontemporari.
Putrajaya dan Lorong Seni sememangnya untuk anda!
Hubungi kami untuk maklumat lanjut :
Yusrika Bahar : 012-7052504
Syamil Azmim / Danial Bobo : 017-6032881
Yousef Bob : 017-3060543
Fahmi Iswan : 012-9703673
Nadia Mokhtar :017-3017549
P/S :
• Sila datang 20 minit awal sebelum waktu slot anda untuk pengesahan atau hubungi pihak penganjur
• Tema kali ini adalah ‘Hijau’ dan anda digalakkan menyelit unsur alam sekitar di dalam salah satu puisi/lagu yang bakal dipersembahkan
• Pihak penganjur Lorong Seni mengamalkan konsep tidak membayar dan tidak minta dibayar, semua yang dilakukan adalah atas dasar memartabatkan seni dan menyediakan platform kepada anak muda untuk mengembangkan bakat
• Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi individu-individu diatas untuk makluman.
• Nama yang mempunyai tanda ini *** , adalah peserta yang belum mengesahkan penyertaan untuk Lorong Seni kali ini.
AYUH! MARI MERAKYATKAN SENI!!!!
Friday, January 28, 2011
SENYAP
oleh Yusrika Bahar
.......
Lidah kelu
Akal buntu
......
Tuli
Bisu
......
Siapa aku?
p/s : Asal dari tanah jua.
Saturday, January 22, 2011
JIKA IA KISAHKU
oleh Yusrika Bahar
Mulutku gumam
Siangku suram
Malamku kelam
Sirahku karam
Aku melihat, mataku buta
Aku membaca, mulutku bisu
Aku mendengar, telingaku tuli
Aku merasa, jiwaku mati
Gersang...
Nafsu merobek waras akal
Agar aku menodai asaku
Maka aku tidak punya kisah yang asyik
Kerana nikmat dunia itu mengaburi Syurgawi
Agar aku mengiakan
Itu yang terbaik buatku selamanya...
Kaki dikepala kaki
Bahu ditapak bahu
Ludah mengangkat darjat
Maka cahaya kau musuhi
Jijik itu kau rindui
Mana benarnya lagi jika tiada harga diri
Pergi MAMPUS!!!!
p/s : Makan daging saudara sendiri!
Tuesday, January 4, 2011
LANGKAH
oleh Yusrika Bahar
Jika kucari ayat baru untuk beri gambaran
Tidak bisa kugali lagi
Yang tertulis itu termaktub
Bukan ketentuan aku
Namun ini rezekiku
Maka terus jadi habuanku
Bersila aku merenung langit malam
Moga harapan pada bintang jatuh disampaikan
Aku kira perlu selain doa
Kerana aku pasti DIA maha mengetahui segala-galanya
Bukankah usaha juga penentu segala
Walau dia yang memutuskan juga apa hendaknya
Masih lagi kurang dan cacat
Aku perlu cari dan susuri
Bukan menadah simpati mohon dihormati
Biar ada suara-suara bengkeng yang menganjing
Pertanyaan pada siapa yang memberiku makan
Kau bukan tuhan untuk menidakkan
Maka kau aku layan seperti manusia
Tapi jangan sampai kau kusampahkan
Bagai binatang kulemparkan hinaan
Sekarang.
Aku melangkah kehadapan
Tolehan ke belakang rujukan cuma
Agar pengalaman tidak ketinggalan
Jadi panduan untuk kesekian kalinya
Kanan mulanya.
SELAMAT TAHUN BARU 2011
Salam 1Belia 1Malaysia

Langkah baru bermula. Buku baru berganti. Lembaran pertama dibuka. Pertamanya syukur pada Allah kerana aku masih meneruskan asa dengan nafas dan kuasa dari-Nya. Mungkin pendek atau panjang lagi. Ucapan terima-kasihku pada kedua ibu-bapa Encik Bahar Bin Ambok Achok dan Puan Talha Bte Hj Supok yang masih memberi restu meneruskan kehidupan ini yang kukira sangat mencabar keimanan dan nafsuku. Seterusnya pada kedua adik-beradikku Cik Sofi Mariam dan Cik Andik Sofi Murni yang memahami. Juga saudara-mara yang tidak kunjung padam merindui dan mengiangatiku. Tiada balasan yang dapat kulampirkan melainkan doa-doa ikhlas moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Tahun Baru 2011 menjengah dan mula berkuasa. Aku masih lagi begini. Tidak kaya, tidak mewah dan masih sendiri. Klise lagi bukan. Namun itu hakikatnya buat sang pencinta dunia Seni Teater dan Puisi ini. Seni masih belum boleh buat kau kaya jika tidak pandai mengampu orang. Aku buat kerja jujur, aku buat kerja ikhlas. Balasan, penghargaan akan hanya jadi bebanan yang bertambah berat dan sukar ditanggung. Itu yang aku hadapi sekarang!
Tidak lupa pada Rakan-Rakan, Kawan-Kawan, Kenalan dan Sahabat-handai yang terus berada menyokong perjuanganku. Tidak akan dilupa pada Tikus-Tikus Makmal yang berkongsi Jiwa dan Rasa dalam menzahirkan karya-karyaku yang tak seberapa nilainya jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang lain yang lebih murni jiwanya, lebih telus dan lebih ber'akademik'. Aku hanya bandingan sebelah mata jika mahu dinilaikan dan diletakkan harga.
Harap langkah tahun baru ini lebih bermakna. Lebih terisi dan lebih ada pengisian. Juga moga ada rehat yang ampuh dan kesihatan yang baik. Aku doakan kepada sesiapa yang mengambil peperiksaan besar tahun ini SPM, PMR dan UPSR, moga berusaha mula sekarang kerana tiada lagi jalan belakang untuk kau toleh jika keciciran. Usaha tangga kejayaan (klise lagi bukan?)
SELAMAT TAHUN BARU 2011!
Thursday, December 9, 2010
TEATER DIMENSI BULI
oleh Yusrika Bin Bahar
Tarikh :
31hb Disember 2010
8.30 Malam
01hb Januari 2010
8.30 Malam
Lokasi :
Dewan Podium A
Menara KBS, Presint 4
Putrajaya
dengan sokongan
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
membawakan anda

Teater Dimensi : BULI
Yusrika Bahar
Artistik & Kareografi
Muzzammil Sulaiman
Zamani Lim
Lakonan
Yousef Al-Farouk, Fahmi Mokhtar, Fazlyana, Shamil Shahlan, Faisal Mazli, Muaz Johari, Rustam, Dayangku Afizah, Syamil Azmim dan ramai lagi..
Bagaimana rasanya dibuli?
Bagaimana rasanya membuli?
Bagaimana rasanya menjadi guru?
p/s : Kawan-kawan datanglah ya sokong, kalau sudi!
Saturday, December 4, 2010
KISAH PATAH HATI
oleh Yusrika Bahar
Kau tanyakan pada warasmu
Mengapa akal setuju
Detik cemburu itu ada..angkuh
Akhirnya ludah itu milikmu semula
Menodai kerongkongmu semula
Cerita yang masih hangat
Sakit terlupakan
Tiada nafas yang hangat
Tiada mata yang cerlang
Semangat itu pudar warnanya
Kisah bertimpa kisah
Mengharung segala macam khabaran
Tersebar kata-kata ancaman
Ada payah siksa yang terasa
Persoalan yang manisnya itu bila akan hadirnya
Jika pahit melekat rasa
Kau bodoh, dungu atau tolol?
Mana ada aman dalam tekanan
Bagai tahanan menjeruk rasa
Terperangkap dan lemas dalam keselesaan
Kepayahan yang tiada titik noktah
Kosong....
Ganjaran kau hamburkan menutup cacat-cela
Janji tertunai dalam masih ada rawan
Terus tanam peransang
Agar semut terus menghurung gula
Harapan bertingkah rengekan bertingkah laku jelek
Tanyakan lagi warasmu
Dalam wajaran mengejar usia
Dalam kilau sesempit cahaya
Terus kau masih belum sedar
Masih kejap percaya dalam perbahasan
Lena dengan anganan yang entah jadi nyata atau sekadar maya
Peduli dengan bahu membahu ringan pikul berat setara
Dan kau akhiri persoalannya itu "bagaimana?"
Aku sudah mati
Namun tangisan itu bersulam ketawa yang jengkel
Mengejek pada tubuh yang tiada nilai
p/s : Persoal diri sendiri sebenarnya