NILAI KITA
oleh Yusrika BaharSalam Sejahtera sekelian umat manusia.
Pulang dari Kuala Lumpur, aku terus-terusan memunggah segala barang dari rumah sewaku di Segamat pulang ke kampung halaman, Benut. Ah, kenangan indah terpahat di sebuah Daerah bernama Segar Amat ( Segamat ). Pengalaman dan kenangan adalah jalinan yang tidak boleh dipisahkan. Berbaur perasaan bila memikirkan segala yang terjadi disamping harapan, impian dan halangan yang masih belum mahu pudar. Terima-kasih semua yang selama ini membantu dan menyokong, serta yang turut sama berkongsi membaca blog aku ini.
Entri kali ini nilai kita, entah kenapa aku tertarik dengan tajuknya yang sekilas datang dikotak fikiranku. Bukan apa, tiba-tiba aku terfikir antara Michael Jackson yang samada mahu ku ganti dengan Mendiang atau Allahyarham, anganan Slumdog Millionare atau Bollywood dan juga tanah kita yang politiknya huru-hara lompongnya. Sememangnya bukan masalah aku sangat tapi sebagai rakyat Malaysia tempiasnya tetap ada.
Betul tak?
Michael meninggalkan alam nyata dengan legasi dan menjadi lagenda pada usia yang dianggap masih muda oleh sesetengah pihak. Kalau orang melayu, dah kata masa untuk beramal pun. Sudahlah Shah Rukh Khan diberikan gelaran Datuk, ada pula yang timbulkan isu bahawa kenapa tidak Michael juga diberikan gelaran sedemikian. Aduuh! Aku sebenarnya nanar dengan gelaran sebegini, apatah lagi jika orang luar. Bukan tidak menyokong tapi ada isu lain yang harus diutamakan. Bukankah bagus jika digali, dikorek semula nama-nama pejuang kemerdekaan yang belum sempat diberikan penghargaan. Bermandi darah serta keringat, bermatian menempuh peluru dan jerangkap samar semata-mata kerana MERDEKA. Aku salah atau ada benarnya?
Berbicara mengenai Slumdog Millionaire pula, bukan aku tidak kagum dengan kemenangan filem itu, malah aku tabik dan cukup mengesankan. Selama ini bila Bollywood kita tidak terlepas dengan sajian tarian hero & heroin, adegan berganti baju serta kipas-susah-mati adegan seni bela-diri (tumbuk-menumbuk) dan cucuran airmata yang mengundang kesedihan. Tidak lupa dialog yang adakalanya sanggup memaki tuhan dan juga mengandaikan suami seperti tuhan semata-mata kerana hajat yang tidak tercapai atau dugaan yang tidak tertanggung. Apa rasionalnya dengan aku?
Bollywood pada pandangan aku sebenarnya adalah harapan dan angan-angan disana untuk menunjukkan betapa harmoni dan warna-warninya kehidupan mereka. Tarian dan lagu membuatkan kita asyik tanpa sedar ada keruh disebaliknya. Bila Slumdog Millionaire memasuki pawagam, maka segala cacat cela pun kelihatanlah dan aku tertanya dimana keindahan filem Bollywood yang sebelumnya jika itu realiti sebenar. Tak perlu ku ulas lagi sebab tentunya kalian faham antara mimpi, impian, harapan, anganan dan realiti.
Namun ada positifnya, lihat saja filem mereka, walau arus kemodenan itu melanda dengan hebatnya, kita masih boleh lihat betapa ayunya heroin memakai sari yang pelbagai bentuk dan jenis. Irama lagu-lagu yang didendangkan tetap ada unsur kenegaraannya. Bagi aku tidak menonton melalui mata pun, jika telinga ini mendengar pasti dapat ku teka yang itu filem India atau Bollywood. Namun nilai kita? Tak mungkin kita melihat pelakon Malaysia memakai baju kurung, kebaya, kebarung dan baju melayu sepanjang masa atau mungkin sekali-sekala. Hanya kita lihat bila pelakon itu membawakan watak yang berusia, atau mungkin golongan atasan, barulah nampak sedikit kias-kias baju melayu atau baju kurung itu. Takpun bila adegan di kampung barulah kita lihat. Itupun tak penuh.
Hmmm, aku salahkah? Atau terlalu terbuka dengan konsep berfikiran terbuka?
Maka nilainya itu juga hampir sama dengan politik kita yang masih huru-hara. Di media cetak menyatakan kita harmoni dan stabil, namun ada juga isu kemanusiaan yang dilaporkan. Di TV dan berita juga tidak kurang rancaknya melaporkan pelbagai perbalahan, pergolakan dan juga isu harian yang adakalanya meletihkan. Belum dicampur lagi gosip yang dihebahkan melalui mulut ke mulut serta sms atau mms yang berbaur pelbagai kategori yang bisa memberikan impak berlainan. Mana nilai kita? Mana jatidirinya jika saling menuding jari.
Mana bangganya dengan harapan dan visi haluan yang tebaru 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan?
Aku bukannya penentang kerajaan atau filem kita. Namun tiba masanya kita dikenali kerana nilai Malaysia bukan nilai yang meletihkan dan jauh kebelakang. Keterbukaan itu perlu tapi jangan sampai mengundang rawan yang berbulu. Mahu kedepan tapi yang digendong tidak mahu terlepas dan dijunjung ketinggalan. Fikirkanlah wahai yang membaca.
Maaf, Sekian Terima-kasih.

No comments:
Post a Comment