PROJEK LORONG SENI 1 SUARA 1MALAYSIA

PROJEK LORONG SENI 1 SUARA 1MALAYSIA
Ayuh! Mari Merakyatkan Seni!

JANGAN LUPA KLIK JE!

Wednesday, July 22, 2009

Alahai Bahasa...

ALAHAI BAHASA...
oleh Yusrika Bahar

PPSMI dimansuhkan secara berperingkat. Aduh! Pasti ada yang berpuas hati dan ada yang juga semakin resah dengan berita ini. Ahli politik sememangnya ada agenda yang tersurat dan tersurat. Ahli bahasa pula terus dengan polemik mereka yang tersendiri. Pejuang bahasa melayu pasti menarik nafas lega dan bersyukur. Aku? Entahlah, nak kata suka tidak juga, nak kata tidak pun ya juga. Aku sendiri keliru.

Pada pandangan aku yang kurang ilmiah ini, Bahasa Melayu sememangnya adalah Bahasa Kebangsaan yang perlu dijaga dan dicanai elok. Setiap bangsa perlu menguasainya. Tak kira samada Melayu, India, Cina atau kaum etnik lain. Sudah termaktub dalam perlembagaan dan sejarah yang Melayu dan Ketuanan Melayu mesti dipelihara. Aku faham dan setuju. Namun jika kita lihat sekarang, ada juga Warganegara Malaysia yang mempunyai pendidikan Formal sekurang-kurangnya Sekolah Rendah & Menengah masih terkulat-kulat lagi nak berbahasa Melayu. Pendek kata masih "tak geti" cakap melayu. Pelik kan? Tak boleh cakap Melayu fasih di negara sendiri.

Itu belum lagi isu perkauman, pekerjaan dan sebagainya. Bila fikir-fikir, ada wajarnya Bahasa Inggeris dimansuhkan dan Bahasa Melayu terus diperkasakan. Namun kenapa aku kurang bersetuju juga bila Bahasa Inggeris dimansuhkan dalam pengajaran Sains & Matematik? Rasionalnya begini, apabila tamat sekolah menengah dan aku berjaya ke Menara Gading aku belajar di UiTM. Semua pelajar bumiputera cuma bezanya, subjek matapelajaran, buku teks, nota dan soalan peperiksaan didalam Bahasa Inggeris. Mulanya aku gelabah juga sebab nak "adapt" suasana ini. Mengeluh juga awalnya namun dapat diatasi. Aku seronok berBahasa Inggeris disini kerana dulu disekolah bila aku cakap "omputih" ni ramai kata aku poyo. Di UiTM aku bangga dan seronok.

Tamat belajar dan sesi cari kerja pula, baru aku tahu betapa pentingnya Bahasa Inggeris. Negara semakin membangun dan kemajuan semakin dikecapi. Jadi secara tidak langsung kebanyakan syarikat swasta yang berpengkalan di Kuala Lumpur atau mana-mana bandar besar menggunakan Bahasa Inggeris bila berurusan, apatah lagi jika melibatkan syarikat luar negara. Faedahnya pada mereka yang boleh berBahasa Inggeris lah kan.

Aku tak kata aku bagus dan pandai berBahasa Inggeris, ada juga lemah sana-sini. Serta aku tidak mengatakan yang universiti lain itu tidak bagus dalam penggunaan Bahasa Inggerisnya. Namun jika Bahasa Inggeris itu mahu dimansuhkan dalam PPSMI. Ingat apa akan jadi pada masa akan datang!!! 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun, 100 tahun akan datang!!! Nak perkasakan Bahasa Melayu, buat betul-betul. Jadi macam Jepun. Bahasa Inggeris, kukuhkan penguasaannya hingga akar umbi, hingga ceruk kampung. Buat sampai pelancong datang pun, tak perlu kita yang duduk kampung ni buat muka macam kambing baru lepas kena sebat atau baru nak cari kamus. Atau lebih baik lagi biar pelancong tu yang terkulat-kulat nak cakap Melayu.

Kaum-kaum lain pula hilangkan prejudis terhadap perkauman. Kita 1 Bangsa 1 Malaysia. Jadi bila 1 Malaysia maknanya kita bangga dengan sejarah dan perlembagaan kita. Adat budaya kita, tatasusila kita dan juga BAHASA KEBANGSAAN kita. BAHASA MELAYU!!!

Jangan jadikan PPSMI ini isu yang nak menangkan satu pihak dan satu pihak lagi kalah tak bermaruah. Aku tak nak dengar nanti yang semua ni jadi isu berbangkit atau isu "Gajah Putih" dan agenda politik kotor samada di pihak pembangkang atau kerajaan. Aku tak menuduh tapi kalau fikir benar dan rasional mesti ada bukan.

Kepada kalian yang membaca blog ini? Faham maksud aku kan? Aku alu-alukan komen anda jika ada benar atau salahnya entri kali ini.

Sekian Terima Kasih

p/s : Kelakar juga bila sesama Melayu tapi cakap "Omputih"...

No comments:

Post a Comment