USAHA JAYA NIKMAT SEMUA
oleh Yusrika Bahar
Bila kau buat kerja yang kau suka
Mesti kau bangga
Tahniah walau kau kata bukan kerja kau sorang.
Benar memang benar.
Peranmu beri impak.
Maka ada yang menerima
Maka ada lanjutan kesinambungan
walau orang lain sambung kerja
Tapi kau juga ada sumbangan
Kau juga patut terima pujian
Walau tak melangit mana
Tapi cukup untuk mengorak langkah kedepan
cukup untuk menikmati kepuasan
Aku tahu kau masih mengejar impian
Aku tahu kau masih mencari diri
Aku tahu kau masih mencari makna
dan
Aku tahu kau masih miskin ilmu
sebab aku jua begitu...cuma belum pasti jalan aku
Kau
Kejarlah
Carilah
Selongkarlah
Selidikilah
Terokailah
Buat semua yang kau nak buat
Buat hingga kau rasa puas.
Ada yang akan sokong
Ada yang akan tunjuk jalan
Ada yang akan tolong
Ada yang akan tikam belakang
Ada yang akan bagi ujian
Ada yang akan bagi imbuhan
Ada yang akan bagi macam-macam
Hingga tak terkata
Hingga tak terluah
Hingga tak terlihat
Hingga tak terucap
Hingga tak terlangkah
Gunalah segala panduan tuhan
Gunalah segala pesan ibu ayah
Gunalah segala ajaran guru
Gunalah segala nasihat ilmuan
Jangan lupa tadah tangan syukur
Jangan lupa dahi sujud
Jangan lupa tapak tanah
Jangan lupa ucap kalimah
Jangan lupa siapa KUASA
gemereh, segamat
1 Mei 2009
untuk aku juga sebenarnya
Friday, May 1, 2009
Selamat Hari Buruh
SIAPA BURUH?
oleh Yusrika Bahar
Selamat Hari Buruh diucapkan kepada mereka yang menikmati cuti hari ini. Tapi ada juga yang kerja kan.. Bukak kedai dan beroperasi macam biasa. Jadi ada makna ke hari buruh sebenarnya? Stesen TV jalan juga, ada rancangan, radio pun boleh dengar DJ berceloteh tah hape hape. Kat plaza tol pun tetap ada awek dan abang2 yang jaga. Shopping complex jangan ceritalah. Kat U atau kampus ada ke budak amik exam arini? Kalau tak legalah dapat study lagi last-last minit kan?
Jadi hari buruh ni bagi makna kat siapa sebenarnya? Pekerja government? Swasta? Atau yang bekerja sendiri? Yang penting dah termaktub dalam kalendar dan yang paling hepi adalah budak-budak sekolah kan. Tak payah bangun pagi2 pakai uniform. Legalah sikit pakcik-makcik yang nak buat kenduri kahwin hujung minggu ni sebab sedara mara yang bertandang,walaupunn ada yang tak buat apa just tunjuk muka je leh balik awal kan. Anak-anak lagi yang kalut sebab abang atau kakak diorang nak kawin. Dah siap ke pelamin? Bilik tidur? Tukang masak? Catering?
Hahaha..
Hari Buruh jatuh hari jumaat, pada hari bekerja, maknanya ada yang ganti dengan hari isnin nanti, bawa kedepan. Maka meriah lah negara kita ni dengan cuti kan! Bagi aku, cuti-cuti gak tapi produktiviti kena jalan, barulah negara maju ekonomi kukuh. Aku yang masih tanam anggur ni pun berjuang tengah cari kerja. hantar resume ke mana-mana, mana isi online lagi. Tak sabar nak bekerja dan diiktiraf sebagai buruh gak..hehehehe. Sama-sama jana kemajuan negara.
Tahniah kepada yang dah abis exam, lagi2 adik aku yang dah abis Master in Knowledge System kat UiTM Shah Alam. Tak lupa pada kawan-kawan yang dah dapat kerja atau sedang berjaya. Team Produksi Folem KARAOKE especially Bob yang jadi pelakon utama tu..Mr. Betik kerana filem ini berjaya ke Festival Filem Cannes yang ke-62. Good luck pada mereka yang tengah kusut sebab ada paper lagi, adik aku yang bongsu pun kena gak lah tu.. Relaks, tenang dan fokus pada apa yang nak dicapai dan digapai. Biasalah mula-mula merangkak kemudian berjalan, act sikit dah boleh lari tapi jangan sombong kalau lari laju. Kawal kelajuan agar selamat bila ada lampu merah. Terus kedepan tapi jangan lupa halangan dari belakang, tepi,atas dan bawah. Faham ke? Boleh tangkap kan maksud aku...
Sekali lagi Selamat Hari Buruh 2009!
2.45pm gemereh, segamat.
Wednesday, April 29, 2009
Pesan orang tua tua
PESAN MAK AYAH
oleh Yusrika Bahar
Waktu kecil-kecil dahulu Mak Ayah selalu pesan sebelum aku keluar dari rumah kalau nak pergi kemana-mana atau sekadar bermain dengan kawan-kawan dipadang permainan.
“ Jaga diri baik-baik, Hati-hati. Nak melintas tengok kiri-kanan. Jangan buat hal dengan orang. Perangai tu elok-elok sikit. Jangan malukan Mak dan Ayah. ”
Sampai dah besar panjang macam nipun, tiap kali aku cium tangan Mak Ayah mohon izin dan restu, pesan yang sama berulang. Memasuki telinga dan tertancap kukuh kat kepala ni. Kejap dan buat aku terngiang-ngiang kata keramat ni. Sampai mati pun takkan hilang agaknya. Mana tahu 1 hari aku kahwin dan punya anak, ayat tu juga aku guna pakai mungkin.
Macamana dengan korang? Sama macam aku juga tak?
Hmmm benda ni untuk renungan aku dan sesiapa yang sudi baca.
Ada tak korang terfikir, kerja tuhan ni sangat agung dan tak terjangkau dek pemikiran kita. Daya yang ada pun hanya boleh buat kita cari hikmah disebalik apa yang berlaku.
Betul Tak? Tahu kenapa?
Sebabnya kadang-kadang kita ni dah ikut cakap Mak Ayah, buat yang terbaik tapi jadi juga benda tak elok dan kita juga kena salahkan balik. Kita dah hati-hati tapi ada juga bahaya datang. Sikit lagi kena langgar lori, kena gesel dengan bas, kena rempuh dengan motor, kena himpit basikal dan bertembung dengan orang pun ada. Kita tak buat hal dengan orang, tapi orang lain pula cari pasal dengan kita. Sengaja cari gaduh, kita kena ugut, kena pau, kena rompak, kena belasah, dan macam-macam hal lah. Buat perangai elok-elok pun kadang-kadang rasa macam tak kena. Kita yang jadi canggung bila bersopan, beradab. Orang lain cakap lepas, perangai tah hape-hape, maruah tak jaga pun dan ada juga pakai singkat macam tak cukup kain.
Pelik kan…
Kita nak jadi baik, sopan, jaga diri selalu tapi ada orang lain tak pula. Keliling kita ada juga benda tak elok jadi. Mereka jadi kurang ajar, terlebih ajaran, biadap, busuk hati, dengki, tikam dari belakang, suka jaga tepi kain orang…boleh pulak.
Pikir jugak, Mak Bapak diorang tak ajar ke?
Atau mak Bapak diorang bagi izin, tak kisah anak lepas laku?
Ataupun Mak Bapak diorang pun sama je?
Atau Atuk Nenek, Moyang, Piut yang dulu jadi Mak Ayah juga tak turunkan ayat keramat, tak bagitau macamana Mak Ayah aku bagitau kat aku?
Tak jadi kat kita, tak kena kat kita tapi jadi kat orang lain, kena kat orang lain.
Aku pun malas nak pikir sangat sebenarnya sebab benda ni sebab hati dan macamana kita bawa diri. Tapi kalau dah keliling kita, hari-hari kita tengok depan mata, takkan kita nak diam tak terasa kan?
Nak tuding orang, tuduh orang, salahkan orang itu ini bukan aku reti sangat. 1 jari aku tuju kat orang, 4 jari tuju kat kita balik. Bukan kerja aku nak hukum orang, beri nilai tahap kedudukan orang. Cuma aku ikut pepatah melayu “Buruk jadi sempadan, Baik buat teladan”.
Kita punya otak, tuhan bagi akal dan waras. Nilai sendiri tafsir sendiri samada nak ikut macam diorang atau dengar pesan Mak Ayah. Semua tu macam aku cakap tadi, kerja tuhan tu kita tak boleh nak banding pun. Bukan daya kita. Entah2 esok lusa tak tau apa jadi, cuaca bukan sama je sentiasa. Langit tak sentiasa cerah, mendung tak bererti hujan.
Jadi sama-samalah kita cari hikmah disebalik semua kat keliling kita ni. Namanya pun kita ni manusia dan hamba tuhan.
3.33 am
Gemereh,Segamat
Sunday, April 26, 2009
Mahu jumpa sama Dewa Malam

TOLONG!
oleh Yusrika Bahar
Aku sudah buntu! Makin buntu!!
4 hari berterusan tidak boleh tidur..
Kenapa?
Mayat hidupkah aku?
Otak Penat, Badan Penat.
Tapi mata tak mahu pejam.
Tangan sudah tidak tau mau tulis apa sebab otak penat.
Paksa mata lena tapi degil tak mau.
Pejam saja celik kembali..
Pejam
Celik
Pejam
Celik
Pejam
Celik
Pejam
Celik
Pejam
Celik
Pejam
Pejam Pejam pejam Pejam Pejam Pejam pejam pejam
Celik juga...
Sudahnya aku kebil-kebil..
Bukan ada sesiapa boleh ajak ngobrol
Jalan-jalan...
Risau
Takut
Gentar
Ketar
Sunyi
Sepi
Sendiri
Campur baur...Sorang-sorang
Minda kosong...tiada gambaran..tiada alamat
Kosong...
Buka lampu atau padam lampu sama sahaja
Tiada beza..
Semua orang dalam rumah sudah tidur
Mimpi indah atau ngeri aku tak peduli
Aku cemburu..aku mahu marah
Tapi pada siapa?
Meraunglah hatiku minta simpati
Berdoalah mulutku minta belas
Mana mimpi yang aku cari,
mana nyenyak yang tak mau kunjung?
Tolong aku bantu aku!!!!
Adakah siapa mau dengar?
Beri simpati atau pasti...
Apa jadi pada aku sebenarnya......
27 April 2009 1.15 am
rumah kampung, benut
Saturday, April 25, 2009
Salam PENGENALAN

Gambar diatas diambil dihalam rumahku..dikampung Benut,Pontian Johor.
Selamat Datang ke Daerah di Penghujung Benua Asia.
..sekadar catatan pengalaman di Bumi tuhan..
oleh Yusrika Bahar
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
oleh Yusrika Bahar
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada permulaan bicara yang hanya menggunakan tulisan ini, AKU Yusrika bersedia untuk berkongsi cerita dan juga pengalaman hidup yang telah dilalui sedikit sebanyak. Maaf andai ada yang mengetahui dan mengenali tetapi hanya sedikit yang terpapar kerana ada juga yang harus menjadi simpanan peribadi dan harus diketahui hanya dari mulut...
Cheewah!! Ayat..macamlah aku ni penulis hebat..nak tulis dalam keadaan tak formal macam canggung pula rasanya..tapi cubalah juga biar senang pemahaman kan...tapi sebolehnya cuba untuk elakkan guna Bahasa Inggeris, bukan apa biar Bahasa Melayu itu kekal...namanya pun Bahasa Kebangsaan dan aku ni anak jati Melayu Bugis.
Baiklah, maklumat diriku.
Nama penuh Yusrika Bin Bahar, lahir di Johor rumah belakang (kat belakang gambar tulah). 9hb Ogos 1982 (aku lahir je Singapura cuti..sampai sekarang bila tiba hari lahirku). Maksudnya umur aku 27 tahun lah...tua kan? Tapi apa ada pada umur hanya angka bagiku walau banyak agenda yang patutnya sudah dilaksana tapi belum terlaksana...macam Kahwin,kerja..punya aset sikit2. Aku membesar dalam kehidupan yang tidak mewah dan tidak juga susah amat..biasa-biasa jer. Keluarga pun bukan orang senang.. Adik beradik 3 orang jer. Aku sulung yang lain perempuan(cun tau).
Aku ni baru je Grad (ikut tarikh sekarang lah).. Aku graduan Universiti Teknologi MARA Kampus Johor dalam bidang Diploma in Banking 2000-2003 dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan : Major Pemasaran 2006-2008. Pernah bekerja di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di Unit Rakan Muda sebagai Penggerak Rakan Muda 2004-2006.
Langsung tiada kaitan dengan Sastera, Penulisan mahupun bidang Teater kan? Tapi itulah kalau kita punya minat dan bakat (mungkin) semua tu tak ada masalah bagi aku.
Selama aku sekolah aku ni memang aktif dan mulut, tangan dan badan ni memang tak pandai duduk diam. Ada je lah nak aku sertai, nak masuk pertandingan itu ini dan juga persembahan itu ini. Masa sekolah aktif dalam nasyid sampai banyak juga lagu dan lirik aku tulis, tu belum pidato lagi, bahas, pantun dan sebagainya.. Diam2 juga belajar Tarannum dan Qiraat Al-Quran...nyanyi ghazal sikit2..berlakon teater..drama pentas sekolah..alaaa cerita lama. Cuma sayang tak ada gambar..sebab aku tak suka sangat kot.
Aku sedar aku ni bukan hensem sangat..dahi nipun nak dekat botak dah..
Tapi yakin jelah kalau berhadapan dengan orang.
Masuk je Universiti orang panggil Mahasiswa, rasa macam orang pandai je tapi kita yang belajar dan tengok buku tebal2, berhadapan dengan pensyarah dan bergaul dengan kawan-kawan yang macam jenis2 ni barulah sedar dan tahu diri..bangga atau tidak? Pengalaman mengajar kita untuk terus matang dalam dunia moden ni...betul tak?
Kat U ni memang aktif lah dan aku jumpa perkara yang palig best untuk diterokai.
Seni Persembahan.
Walaupun takde Fakulti ni atau subjek ni tapi aku tekad nak belajar walau tak formal. Aku masuk lah Performing Arts Club (P.A.C) aku belajar Teater, Nyanyi, Mengacara, Menari dan apa juga tentang seni persembahan. Memang seronok dan puas kalau kita buat kerja yang kita suka biar penat macamana sekalipun. Kena marah, kena tengking, kena herdik. Tak jadi kudis sebab aku suka...dan boleh asah lagi minat aku.. Aku menulis, berkarya, bagi idea dan belajar.
Program kampus, acara itu ini pun adakalanya aku handle jadi krew atau Ketua projek..cuma sayang aku tak banyak bergambar sebab ke hulu hilir kot..bergerak je..lagipun macam tadi aku cakaplah muka ni pun tak market sangat...orang tak pandang sangat pun..
Kelab P.A.C masa ni kelolaan Puan Lizana aka Mummy banyak ajar aku gak, mana senior2 lagi. Curi2 g kursus teater jangka pendek, pergi tengok teater kat mana2, tanya orang itu ini. Memang seronok dan pengalaman yang amat berharga.
Teater atau persembahan pentas ni buat aku teruja, buat aku ghairah dan buat aku boleh hidup dan menulis. Sememangnya aku suka lihat dan tengok dan juga menghayatinya Aku senaraikan sedikit sebanyak apa yang aku sertai dan terajui..atau hanya sekadar menonton..bukan nak bangga atau apa tapi sekadar berkongsi biar aku pun tak lupa juga.
Jadi Penonton / Krew / Ketua Projek
Teater Uda dan Dara (baru join kelab)
Fiesta Seni dan Budaya (Ketua Projek untuk persembahan Kebudayaan)
Festival seni Budaya UiTM (Ketua Projek & Pengarah Pentas)
Program Pertukaran Budaya Dua Benua Rakan Muda (Pengarah Projek)
Program Suai Budaya Kolej Sempana Riau ( Pengarah Projek )
Malam Anugerah DiBA UiTM (Pengarah Projek)
Sebagai Pelakon / Pengarah / Penulis / Penyanyi
Teater Melodrama Merdeka (pelakon dan Pengarah)
Teater Kemerdekaan Daerah Segamat 2000-2003,2006,2007 pelakon, pengarah dan penulis)
Teater Ludin (Pengarah)
Teater Penunggu Pusaka (Pengarah)
Teater Lepat Pisang Kopi O (Pengarah Pentas)
Teater Sakarat (Penolong Pengarah, Penulis)
Teater Rasuk (Pengarah, Penulis)
Dekon Aksara Merdeka (Pengarah)
Dekon Tolonglah Ayah, Ibu (Pengarah)
Festival Nasyid IPT (Penyanyi dan Pengarah Pentas)
Festival Nasyid Kampus (Penyanyi)
Festival Seni Tari dan Lagu Tradisional (Penyanyi dan Pengacara)
Festival Dikir Barat Kampus (Penyanyi dan Pengacara)
Festival Choir & Choral Speaking Kampus (Konduktor,Penyanyi dan Pengacara)
Hari Terbuka Kolej Sempana Riau ( Pengarah Pentas dan Pengacara)
Battle of The Band Kampus (Penyanyi dan Pengacara)
ada lagi lah cuma buat masa sekarang tak ingat sangat dah..sebab tak tulis kat diari dan tak ambil gambar kenang-kenangan..maaf ya dan aku tak kisah kalau ada yang kata aku bohong atau sengaja bikin cerita..
Teater yang hanya sekadar ditonton
Teater Bunga Raya Bunga Manggar
Teater No Exit
Teater Tun Sambathan
Teater The Lesson
Teater Retak Awan Malam Ini
Teater Bangsawan Mek Mulong
Teater Anak Kerbau Mati Emak
Teater Keris
Teater Cermin
Teater Kerusi
Teater Muzikal Suzanna
Teater Muzikal P.Ramlee
Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang
Teater Muzikal Patriot
Teater Muzikal Ibu Zain
Teater 7 Duri 7 Malam
Teater Tok Perak
Teater Seorang Tua Di Kaki Gunung
Teater Lantai T.Pinkie
Teater Si Yatim Chao
Teater Mayat
Teater Misi
Teater Kebayan
Teater Dewata
dan banyak lagi lah yang aku tonton, mungkin dah lupa kot..nanti2 bila ingat semula aku bagitahu dan ceritalah k.. Siapa pengarahnya, Karya siapa dan pelakon2nya juga ada yang sudah tidak diingat.. Tapi pengalaman itu amat berharga jika dikenang..seronok kan sebab kita suka!!
Rasanya sampai sini dulu lah aku tulis. Rasa macam panjang sangat pulak kan. Entah ada yang baca atau tidak kan blog AKU Yusrika ni..
Maaf, Terima kasih dan Jumpa lagi..
3.45 pm
Rumah Kampung, Benut.
MANUSIA (alangkah pelupanya)
LEKA
oleh Yusrika Bahar
Adakalanya bicara yang terucap memang lahir dari hati
Atas dasar tahap kewarasan akal sang manusia itu sendiri
Tanpa sedar bijaknya,
Ada hati yang terguris
Ada jiwa yang terhiris
Manusia punya akal
Manusia punya mulut
Adakah tertadbir bila ada kelukaan terzahir kerananya?
Siapa kita didunia Fana ini?
K H A L I F A H
oleh Yusrika Bahar
Hidup itu cabaran
Hidup itu pengalaman
Empat unsur alam tercorak
Empat unsur alam mencorak
Empat unsur alam dicorak
Mana kita yang punya minda
Mana kita yang punya bicara
Mana kita yang punya mata
Mana kita yang punya langkah
Mana kita yang punya rasa
Mana kita yang punya bahasa
Mana kita yang punya asa
Mana kita yang punya tenaga
Mana kita yang punya upaya
Mana kita yang punya cinta
Jalan terbentang bisa lurus
Jalan terbentang bisa simpang
Pilihan untuk satu ketentuan
Pilihan untuk satu penentuan
Panduan untuk kedepan...agar tidak kebelakang
Berkatalah kita pada kesempitan
Berkatalah kita pada kemurungan
Berkatalah kita pada kesakitan
Berkatalah kita pada kepayahan
Tanpa syarat, tanpa bias, tanpa alas
Mengharap pada namanya keadilan
Mengharap pada namanya keberuntungan
Mengharap pada namanya nasib
Mengharap pada namanya takdir
Hidup itu cabaran
Hidup itu pengalaman
dengarlah dan bangkitlah....Sang Khalifah
15 April 2009
3.22 am
Taman Gemereh
menulis lagi pada waktu pagi..
aku sakit agaknya..susahnya nak tidur selepas pukul 12.00 malam..
selepas solat subuh baru boleh tidur..gangguan apalah semua ni..Tolonglah!!!!!!
TIDUR
TIDUR
Oleh Yusrika Bahar
Katil dua tingkat ku ubah cantum jadi katil ‘king size’
Tilam kususun agar rata baringku
Bila baringku rata, baru lena tidurku nanti..tidur lena
Benarkah?
Hari-hari aku masuk tidur, tutup lampu, baring, kipas pusing
Mataku lambat pejam juga
Gelisah
Gelap
Mata cerlang, otak jalan, fikiran menerawang
Kenapa?
Bosan
Ada kerja belum beres, ada usaha belum laksana
Atau obsess mengharap idola muncul gamit borak
Sialan…
Siang nanti, mandi, solat, sarapan, buat kerja
Cari duit bayar sewa, bayar ongkos kehidupan
Mata tidak pejam lagi
Petik lampu tidur, nyala suram
Mengajak tangan menukil
Mengerah otak, muntah luahan
Agar penat, cepat tidur
Betulkah?
Tulis apa? Luah apa?
Bosan hidup masih sama
Tak senang, tak kaya, susah mungkin ya
Tapi bisa makan, bisa bayar sewa, bisa beli yang mampu…belum lagi meminta-minta
Ada orang lahir kaya
Ada orang lahir miskin
Ada orang lahir tengah-tengah
Aku dimana ya…aduui!!!
Badan letih otak belum lagi
Sambung tulis untuk siapa?
Menebak jiwa kosong untuk satu lagi harapan
Menebak jiwa kosong untuk satu lagi pengertian
Menebak jiwa kosong untuk satu lagi pengorbanan
Penderitaan atau sakit
Merayu untuk kebiadaban yang belum bersatu
Hidup ini memang satu keterpaksaan
Mana wujud kerelaan nyata
Memerah keringat untuk kelangsungan
Esok terus terusan sama lagi cuma cuaca lain-lain
Tidurlah, harap mimpi buat sejuk hati!!!!!!
Kerana tak boleh tidur, ku tulis begini jadinya
4.13 am
Taman Gemereh,Segamat
Subscribe to:
Posts (Atom)