PROJEK LORONG SENI 1 SUARA 1MALAYSIA

PROJEK LORONG SENI 1 SUARA 1MALAYSIA
Ayuh! Mari Merakyatkan Seni!

JANGAN LUPA KLIK JE!

Monday, June 29, 2009

PRODUKSI BARU

PELITAMATUR
oleh Yusrika Bahar


Projek Penubuhan
Persatuan Pelitamatur Selangor & Kuala Lumpur (produksi teater).
Perjumpaan (cadangan)
3hb Julai 2009
8.00 pm
Petronas Ampang Jaya
(berhadapan dengan ISKL)
Sila hubungi Fendi 017-7474758 / Yusrika 012-7052504

p/s Anda boleh membawa rakan-rakan anda yang berminat.

Friday, June 26, 2009

PREVIEW TEATER MONOLOG D



FESTIVAL TEATER KL 2009
oleh Yusrika Bahar

Sidang Akhbar Festival Teater KL 2009
Di rasmikan oleh Dato' Faridah Merican / Founder KL PAC


Inilah D yang diperkatakan selama ini. D beraksi di Taman Budaya sewaktu pelancaran Festival Teater Gerak & Rasa Kuala Lumpur selama kurang lebih dua minit sahaja pada hari Selasa, 23hb Jun 2009. Persembahan penuh pada 1 Ogos di lokasi yangs sama! Datang beramai-ramai. Tempat terhad. Masuk percuma, tak perlu tiket.


Di atas aku telah letakkan jadual pementasan setiap kumpulan yang bertanding. Jadi pada sesiapa yang mahu datang menonton dan menyemarakkan lagi industri teater, datanglah beramai-ramai. Saksikan dengan penuh berhemah, kerana seni itu untuk dinikmati dan bukan didiskriminasi.
Hidup Teater Melayu!

Friday, June 19, 2009

BUKAN ORANG KITA

B.O.K
( Bukan Orang Kita )
oleh Yusrika Bahar

Dia sedang bekerja
Sisa yang ditinggalkan
Kotor yang melekat
Namanya sampah
Dia bersihkan
Sanggup dia kemari
Bahasa asing
Warga asing
Rupa asing
Tapi jumpa juga senegara
Aku tak mengata
Tidak juga teruja
Namun mana orang kita?
Sedang berdiri menunggu barisan
Pulang atau pergi?
Dia tekun bekerja
Untuk siapa?
Aku sendiri bukan gudang jawapannya
Apakata aku jadi dia
Tak mengapa walau ada segulung ijazah
Bukan jatuhpun maruah
Takkan hilang air muka
Cuma akan ada yang kurang senang
Apa salahnya?
Peduli apa
Dia yang sedang bekerja mungkin punya nasib serupa.
Sekarang aku lihat dia
Tiada daya buat apa-apa
Sebab aku juga dalam barisan
Menunggu dengan impian beragenda

Stesen LRT
Bandar Tasik Selatan

PAK TUA

MULUT PAK TUA
oleh Yusrika Bahar

Rancaknya Pak tua cerita
Menyembur air liurnya
Nampak rompong gusi tanpa gigi
Semangat benar nadanya
Tak tersemput nafas
Tangannya menggawang atas bawah kiri kanan
Betapa naskahnya ada benar untuk dipercaya
Hingga terjangkau telinga beberapa ela
Tidak penat pula
Juga tidak lelah
Terus-terusan dengan keletahnya
Ada juga sampuk sekali-sekala
Selit isi, fakta, hatta komentar
Pegangan ceritanya tetap tak goyah
Ralit pukul canang
Walau masa beriring menginjak usia
Ceritalah lagi
Biar si muda tak lupa
Sejarah bina Negara Merdeka

Warung Kopi
Kampung Baru, KL

PERJALANANKU

PERJALANANKU
oleh Yusrika Bahar

Assalamualaikum,

Buat kalian yang membaca blog aku ini, aku doakan kalian sentiasa sihat dan dibawah rahmat tuhan yang maha Esa. Aku sebenarnya masih tidak percaya apa yang berlaku dalam perjalananku ini. Pelbagai perkara berlaku dalam masa 3 minggu aku di Kuala Lumpur ini. Ada yang tidak terduga, ada yang tidak tersangka dan ada yang tidak terluah dek kata-kata. Indah sungguh aturan dan jadual yang DIA tentukan untukku. Mahu kuluahkan segalanya pada kalian namun siapalah aku untuk bercerita semuanya. Anak kampung yang hanya mahu menghargai seni. Teringat kata-kata yang terkeluar daripada kawan baikku Farah Idayu, Seni itu Indah. Lalu aku membalasnya dengan nada gurauan Gemuk itu juga 1 Seni dan Seni itu Indah dan perlu dinikmati bukan didiskriminasi. Samada benar atau tidak aku tidak tahu sebab tiap orang ada pandangannya tersendiri. Ada visinya, ada ideologinya dan belum tentu tiap madah kata itu diterima seadanya.

PERJALANANKU
oleh Yusrika Bahar

Perjalananku
Tercipta mencari halatuju
Biar gelap
Biar suram
Namun sinar pastikan datang
Cahaya jalanku

Kulalui segalanya
Seadanya manusia biasa
Cabaran
Halangan
Cekal takkan mengalah
DIA kan ada

c/o
Walau ombak menggila
Walau mendung berarak
Jika takdirNYA
Jika tentuNYA
Terima hati terbuka

Usah gentar kehadapan
Bukan mudah impian nyata
Cekal meredah takkan mengalah
DIA pastikan ada
Petunjuk hikmah

b/g
DIA ada
Tunjuk Hikmah
Hati terbuka
Jangan mengalah

Dek kerana terkesan dengan apa yang berlaku padaku, sekitaranku, impianku, harapanku, usahaku dan angananku akhirnya tercipta sebuah lagu yang kukarang. Hanya Farah yang telah mendengar dayunya.

Harap selepas ini ada kelangsungan untuk sebuah kesejahteraan. Terima kasih pada kalian yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan serta tidak membunuh minatku ini. Kita punya Asa namun Tuhan punya Kuasa.

p/s 23hb Jun 2009 Sidang Akhbar di Taman Budaya Kuala Lumpur untuk Festival Teater Kuala Lumpur 2009. Jam 2.00 petang. Pada yang sudi hadir. Saksikan preview 1 minit Monolog D.

Tuesday, June 16, 2009

Teater Monolog D

TEATER MONOLOG D
oleh Yusrika Bahar


Persembahan 'Monolog D' akan dipersembahkan oleh Shahriza Mahmud pada 1 Ogos 2009, jam 8.00 malam bertempat di Taman Budaya Kuala Lumpur. Pada sesiapa yang sudi hadir untuk memberikan sokongan, silalah hadir. Tempat terhad kerana ianya PERCUMA untuk pusingan pertama ini! Teater ini akan dinilai sempena Festival Teater Kuala Lumpur untuk kategori monolog.


Teater penuh D sedang dalam proses pra-produksi dan dijangka akan dipersembahkan mulai awal tahun 2010. Pihak Produksi memerlukan tajaan daripada sesiapa sahaja samada individu mahupun syarikat. D akan dibawa persembahannya ke seluruh negara mengikut kesesuaian bajet yang diterima.


Lagu tema D yang mendayu sedang dalam proses penyusunan muzik. InsyaAllah ianya bakal dinyanyikan oleh seorang penyanyi yang bagus vokalnya dan InsyaAllah penyanyi tersebut akan berlakon di dalam Teater D!


Secara dasarnya, kisah D menceritakan tentang seorang gadis yang terhimpit dengan keadaan fizikalnya yang tidak menarik dan kehidupannya yang dirasakannya tidak adil sehingga memaksanya untuk membunuh! Sudah tentu ada pelbagai kejadian yang berlaku yang telah melemahkan mentalnya sehingga terhasut untuk tidak berfikiran waras! Walaupun D seorang gadis periang dan disayangi ramai, namun dia tidak dapat lari dari hukuman undang-undang.

Karya Asal : Yusrika Bahar
Skrip : Yusrika Bahar & Shahriza Mahmud
Skrip Monolog D : Shahriza Mahmud
Lakonan : Shahriza Mahmud

Doakan kejayaan D!

PELITA AMATUR

TEATER SEBAGAI ORGANISASI
oleh Yusrika Bahar

Proses Teater merupakan sebuah proses organisasi (bentuk kerja kolektif; dimana segala macam orang dengan segala macam fungsinya tergabung dalam suatu koordinasi yang rapih,dan juga mencakup juga pengertian sampai batas-batas yang sentimentil), seperti hal nya diri manusia itu sendiri, atau layaknya seperti sebuah negara. Keberhasilan suatu pertunjukan Teater dapat juga sebagai keberhasilan suatu seni organisasi; baik organisasi penyelenggaraannya (Panitia Produksi) maupun segi seni-seninya (Penyutradaraan, Penataan set, Permainan, Musik dan unsur-unsur lain).

Berikut ini contoh Elemen dari sebuah Group Teater dalam mengadakan sebuah Produksi.

- Ketua Produksi
- Setiausaha Produksi
- Bendahari Produksi
- Urusan Dokumentasi
- Urusan Publisiti
- Urusan Penajaan
- Urusan Tiket
- Urusan Kebajikan / Latihan
- Urusan Teknikal / Lojistik

- Sutradara
- Art Director / Pimpinan Artistik
- Stage Manager
- Property Master
- Penata Cahaya
- Penata Kostum
- Penata setting
- Perias / Make Uper
- Penata Cahaya
- Penata Musik

Oleh yang demikian berdasarkan fakta diatas PelitAmatuR memerlukan ahli yang sanggup sama-sama menaikkannya dan menghidupkannya

Niat aku dan Fendi :

1. Siapa kata teater untuk orang-orang elitis?
2. Tak semestinya tak punya pengetahuan dalam teater (formal) tidak boleh berteater.
3. Kalau kita komited dan 'passion' yang mendalam, semuanya InsyaAllah boleh.
4. Selama ini kita jadi penonton, kenapa tidak kita pula ditonton.
5. Bukan nak bangga tapi nak belajar.
6. Bila lagi nak mula kalau bukan sekarang?
7. Sama-sama hidupkan teater di Malaysia walaupun kita lebih bawah dari amatur.
Ada berani? Mahu turut serta?
Tinggalkan komen anda disini.

Monday, June 15, 2009

pelitAmatur

pelit_A_matur
(Pelita Amatur)
oleh Yusrika Bahar

Mungkin ada yang pelik dengan tajuk di atas. Sebenarnya sepanjang dua minggu ini jadual aku agak sibuk walau tak ke sana-sini. Cuma berkejar dengan masa. Minggu pertama aku sibuk dengan "Actors Workshop" untuk Teater Cuci The Musical. Minggu kedua perbincangan dan proses menyiapkan skrip Drama 13 episod untuk RTM (aku tulis 3 episod sahaja). Apa tajuknya dan produksi mana, Rahsia. Sudah jelas nanti aku bagitahu. Aku juga ke ASWARA, berjumpa dengan kawan baikku yang baru pulang dari Bandung, Farah Idayu. Serta kenalan baru dan lama antaranya Fared, Merul, Natalia, Ezlyn, Yusman, Bob dan Shamimi (sebenarnya ramai lagi). Juga menyiapkan kertas kerja untuk Kelas Teater Belia 4B Shah Alam (sudah lulus tinggal jalan saja). Tiba-tiba ada pula kawan minta sinopisis drama bersiri kerana katanya ada kawannya yang sudi jadi financier (sudah email sinopisis cuma tunggu). Semuanya aku buat dengan gigih sehingga 3 hari tidak tidur sebab otak jalan saja. Sibuk memang sibuk cuma hasilnya belum lagi jelas dan nampak.

Aku harap doa kalian serta Allah memakbulkan segalanya. Mudah-mudahan rezeki berpihak padaku.

Cabaran? Aku tiada 'Laptop' untuk menaip. Nasib baik ada kawan yang bernama Fendi tinggal di Ampang sudi bagi pinjam laptopnya, serta menumpang sementara untuk aku siapkan skrip aku itu. Terima-kasih Fendi. Jasamu akan ku ingat sampai mati!

Baiklah PelitAmatur pula. Sedang aku berbual dengan Fendi (seorang penggemar dan aktivis teater). Rupa-rupanya dia punya harapan dan cita-cita hampir sama dengan aku. Dia mahu wujudkan 1 Pasukan Produksi Teater. Produksi yang dianggotai oleh mereka yang amatur, atau tiada pengetahuan secara formal dalam bidang teater tapi punya minat serta komitmen terhadapnya. Sama-sama jalankan produksi ini, sama-sama bangunkan, sama-sama cari penaja dan sama-sama melalui proses dan cabarannya. Cuma masalahnya siapa yang mahu turut serta? Aku dan Fendi sudah ada beberapa rakan yang mahu turut serta, cuma kami kekurangan lagi ahli. Lebih-lebih lagi dari sudut teknikal dan sinografer. Kami sasarkan sebelum hujung tahun akan ada 1 pementasan kecil di Stor DBP. Sebab itu kami namakan kumpulan atau Produksi ini Pelita Amatur atau PelitAmatur. Bak kata pepatah inggeris : From Zero to Hero, From Nothing to Something.

Jadi kepada rakan-rakan yang membaca blog ini. Sekiranya anda berminat dan mahu turut serta bersusah-payah membina Produksi ini. Beri sahaja maklumat dan pandangan kalian disini. Bila sudah ada ahli, kita sama-sama cari tarikh yang sesuai dan adakan perjumpaan.

Aku amat menghargainya jika ada yang punya minat dan komitmen.

Sekian, Terima-Kasih

Yusrika Bahar
yusrikabinbahar@yahoo.com
012-7052504

Wednesday, June 10, 2009

HATIKU DIMANA?

HATIKU DIMANA?
oleh Yusrika Bahar

Bila malam bertambah malam
Yang indah suram
Diharap mengharap berharap
Kelam
Rembulan malap dan karam
Seperti yang kujangka terjadi..
Mana noktahnya pada satu titik
Punca pangkal berpenghujung
Aku?
Tiada warna
Kurang rasa
Hilang asa
Jikalau tiang bisa kukuh
Adakah sendi utuh runtuh
Jawapan kembali ke persoalan

11.00pm
Nyai Dasima-PeTA 2009
ASWARA

p/s : Jangan ditanya tentang luka yang parah

Tuesday, June 2, 2009

Canggung atau Jakun

CANGGUNG
oleh Yusrika Bahar

Berada ditengah kota lumpur aku berdiri
Panorama ini realiti yang mengejar duniawi dan bukan
Entah aku nanar sekejap
Ada impian yang aku kejar
Semangat yang kujangka belum mahu pudar
1 hari nanti moga makbul untuk bersyukur

3.15 pm
ISKL, Ampang Jaya

Sebenarnya aku sedang berada di Kuala Lumpur untuk Actors Workshop untuk Cuci The Musical bersama rakan-rakan teater yang baru. Berjumpa kali pertama di International School Kuala Lumpur dan aku rasa macam budak sekolah antarabangsa. Mat saleh yang baru umurnya 10 tahun sama tinggi dengan aku. Aku ingat ada kaum cina dan melayu (warganegara Malaysia). Bila mereka berbahasa inggeris. Ouh bukan orang kita (Jepun,Korea,Thailand dll) rupanya.