oleh Yusrika Bahar
Assalamualaikum,
Buat kalian yang membaca blog aku ini, aku doakan kalian sentiasa sihat dan dibawah rahmat tuhan yang maha Esa. Aku sebenarnya masih tidak percaya apa yang berlaku dalam perjalananku ini. Pelbagai perkara berlaku dalam masa 3 minggu aku di Kuala Lumpur ini. Ada yang tidak terduga, ada yang tidak tersangka dan ada yang tidak terluah dek kata-kata. Indah sungguh aturan dan jadual yang DIA tentukan untukku. Mahu kuluahkan segalanya pada kalian namun siapalah aku untuk bercerita semuanya. Anak kampung yang hanya mahu menghargai seni. Teringat kata-kata yang terkeluar daripada kawan baikku Farah Idayu, Seni itu Indah. Lalu aku membalasnya dengan nada gurauan Gemuk itu juga 1 Seni dan Seni itu Indah dan perlu dinikmati bukan didiskriminasi. Samada benar atau tidak aku tidak tahu sebab tiap orang ada pandangannya tersendiri. Ada visinya, ada ideologinya dan belum tentu tiap madah kata itu diterima seadanya.
PERJALANANKU
oleh Yusrika Bahar
Perjalananku
Tercipta mencari halatuju
Biar gelap
Biar suram
Namun sinar pastikan datang
Cahaya jalanku
Kulalui segalanya
Seadanya manusia biasa
Cabaran
Halangan
Cekal takkan mengalah
DIA kan ada
c/o
Walau ombak menggila
Walau mendung berarak
Jika takdirNYA
Jika tentuNYA
Terima hati terbuka
Usah gentar kehadapan
Bukan mudah impian nyata
Cekal meredah takkan mengalah
DIA pastikan ada
Petunjuk hikmah
b/g
DIA ada
Tunjuk Hikmah
Hati terbuka
Jangan mengalah
Tunjuk Hikmah
Hati terbuka
Jangan mengalah
Dek kerana terkesan dengan apa yang berlaku padaku, sekitaranku, impianku, harapanku, usahaku dan angananku akhirnya tercipta sebuah lagu yang kukarang. Hanya Farah yang telah mendengar dayunya.
Harap selepas ini ada kelangsungan untuk sebuah kesejahteraan. Terima kasih pada kalian yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan serta tidak membunuh minatku ini. Kita punya Asa namun Tuhan punya Kuasa.
p/s 23hb Jun 2009 Sidang Akhbar di Taman Budaya Kuala Lumpur untuk Festival Teater Kuala Lumpur 2009. Jam 2.00 petang. Pada yang sudi hadir. Saksikan preview 1 minit Monolog D.
semoga Theater D berjaya dan segala doamu di makbulkan...
ReplyDeletepasti menarik bukan. Semoga berjaya
ReplyDelete