AWAN
oleh Yusrika Bahar
Dongak kepala
Apa yang aku lihat
Gumpalan awan berjalan
Samada mengikut atau menongkah angin
Entah
Tapi nampak tenang
Terurai membentuk pelbagai rupa
Kalau dia marah cepat sahaja mendung
Kawan si petir datang meneman
Terus dia nangis bagai maraton
Siapa yang berani pujuk
Berhenti sendiri ikut kehendaknya
Ramai yang parah dengan airmatanya
Tak kurang yang terluka
Namun ada yang mendamaikan
Kenapa kita tak macam awan
Boleh kesana kemari tanpa halangan
Menangis semahunya
Pedulikan kata orang
Pergi mampus dengan pembangunan
Jerit perih mengharap duit gaji
Awan tetap bahagia
walaupun berubah warna kerana masa
Aah biarlah
Itu fitrah awan
Aku manusia yang berangan menanam cita-cita
Berusaha mencari cinta
Biarlah dia memayungiku buat seketika
Nanti panas melengas pula
Sementara tengah selesa
Biarlah..
NADI PUTRA 501
Putrajaya
No comments:
Post a Comment