PROJEK LORONG SENI 1 SUARA 1MALAYSIA

PROJEK LORONG SENI 1 SUARA 1MALAYSIA
Ayuh! Mari Merakyatkan Seni!

JANGAN LUPA KLIK JE!

Friday, February 19, 2010

KAWAN-KAWAN

KAWAN-KAWAN
oleh Yusrika Bahar

Oit
Hari esok kalau ada kau nak apa?
Sakitkan hati orang lagi?
Kalau kena kat kau macamana?
Kau nak salahkan siapa pula?
Tuhan?

Oit
Kau nak orang terima kau
Kau mahu orang faham kau
Kau hendak orang sayang kau
Kau ingin orang kawan dengan kau
Tapi
Kau buat juga ke?

Oit
Tak susah cari kawan
Cuma senang nak hilang kawan
Nak kawan menangis aku boleh
Tapi kau nak nagis untuk aku sekali?
Nak kawan faham aku boleh
Tapi boleh kau faham aku?
Nak kawan suka duka boleh
Tapi boleh kau suka duka dengan aku?
Nak kawan sayang aku boleh
Tapi kau boleh sayang aku?

Oit
Aku boleh buat semua tu
Boleh sangat untuk kau
Tapi bila kau fikir bukan-bukan pasal aku
Sudahnya kau yang bawa mulut ke orang-orang
Sudahnya kau sorang-sorang
Sudahnya orang-orang juga salah
Kau sendiri tahu
Mulut tempayan boleh tutup
Mulut orang kau nak buat apa?

Oit
Aku tak prejudis dengan semua orang
Tapi orang prejudis dengan aku
Aku boleh kawan dengan semua orang
Tapi tak semua orang boleh kawan aku
Aku faham hidup aku
Tapi orang tak faham hidup aku
Nak aku faham hidup orang
Sudahnya aku jadi orang lain
Diri aku?

Kalau aku boleh hormat orang
Kenapa kau pandang aku serong?
Kalau aku songsang kenapa?
Kalau aku tak normal kenapa?
Kalau kepala aku weng kenapa?
Kalau aku tin tong kenapa?
Itu hidup aku
Aku tak kisah pun pasal hidup orang
Sebab aku nak jadi kawan yang baik
Sama-sama hormat
Sama-sama menghargai kawan
Sama-sama hidup

Oit
Bukan senang cari kawan
Bukan senang hidup dengan kawan



Bandar Baru Uda
Johor Bahru

1 comment:

  1. oh abg yus..
    semasa ku menulis puisi itu..
    tidak terlintas dihati ku untuk mengutuk atau menujukan puisi itu kepada sesiapa..
    aku hanya bosan duduk di rumah..

    oh abg yus..
    terima kasih atas segala nasihat
    insyaallah akan ku gunakan di masa hadapan
    now iall my prob da solve..
    sahabat is my spontan puisi...
    maybe x best..
    msih lemah..
    aku tahu..


    haha



    WEIRDO,

    ReplyDelete