oleh Yusrika Bahar
Salam 1 Malaysia
Apabila diajak berbicara soal siapa sebenarnya kita sebagai manusia didunia ini, aku terpempan dengan soalan sebegini sebenarnya. Bagi aku, walau sedar yang aku ni manusia tapi aku tidak mampu untuk menjawab dengan sejujurnya. Adakah aku hipokrit dengan soalan sebegini? Tidak. Aku tidak mampu, itu sahaja jawapannya. Apa sebabnya, aku bukan manusia yang sewajarnya untuk menjawab soalan ini. Apabila aku diasak tinggi dan berkali-kali. Ini jawapannya. Manusia itu sifatnya tidak sempurna, banyak khilaf dan dosa. Amalan-amalan yang diperturunkan melalui Al-Quran dan Sunnah adalah panduan untuk memperbaiki kehidupan. Seterusnya sebagai manusia kita juga bertanggungjawab sesama manusia kerana siapa lagi yang mampu kita harapkan untuk mentadbir manusia itu sendiri yang sememangnya komplek.
Namun persoalan itu kubiarkan sahaja kerana kemampuanku terhad dan terbatas. Asas pemikiranku juga belum menjangkau untuk berfikir sejauh itu. Namun untuk menjawab soalan siapa aku sebenarnya? Mudah saja. Aku insan yang lemah dan berdosa. Bagaimana aku menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini, terserah pada gerak hati, kewajaran personaliti dan juga pengaruh keluarga dan rakan sebaya. Tuhan? Itu kepercayaan aku sebagai manusia yang mempercayai yang wujud pencipta didunia ini sebelum kita dan sebelum sesiapa pun didunia ini. Pencipta yang berkuasa ke atas dirinya sendiri dan seluruh alam semesta. Lanjut? Cukup sampai disini kerana sekali lagi kemampuanku terbatas. Namun kepercayaan aku pada tuhan tidak pernah berbelah bagi.
Pada sekelian manusia fahamlah sendiri kewujudan anda sendiri. Kenapa anda didunia ini dan untuk siapa anda sebenarnya.
selamat berfikir semua.
p/s: Adakah aku terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada tikus-tikus makmal
Tingkat 2,
Menara KBS
Putrajaya.

No comments:
Post a Comment