PROJEK LORONG SENI 1 SUARA 1MALAYSIA

PROJEK LORONG SENI 1 SUARA 1MALAYSIA
Ayuh! Mari Merakyatkan Seni!

JANGAN LUPA KLIK JE!

Thursday, April 23, 2009

OBSES


OBSES

Selama ini aku prejudis
Sama orang yang namanya ada sang idola
Apa gunanya
Apa faedahnya
Apa salahnya
Apa betulnya
Buat aku berfikir untuk mentafsir
Tentang kenapa dan mengapa perlunya
Tentang dimana dan bagaimana fahamannya
27 tahun aku hidup berbekalkan wajadiri
Selama itu juga
Aku makan
Aku tidur
Aku berak
Aku kencing
Aku belajar
Aku mendengar
Aku menari
Aku menulis
Aku merokok
Aku bermain
Aku berlakon
Aku menangis
Aku ketawa
dan semuanya lakuku atas nama kehidupan, cabaran dan pengalaman
Tapi baru sekarang aku cuba mengerti
Baru aku merasa dan terasa penangannya
Terkena pada batang hidung sendiri
Terhantuk dan terngadah
Cuma tidak jilat ludah sendiri
Begini rupanya pada yang ada rasa, jiwa dan sayang
Punya semangat untuk hidup
Punya daya untuk juang
Punya citra untuk impian
Punya cita untuk cinta



Bilik tidur rumah kampung
3.15 pagi
Benut

5 comments:

  1. Hai Banat.. thanks for inviting.. dalam maknanya monolog nih

    ReplyDelete
  2. curhat (curahan hati) yg jujur akan menghasilkan karya yg hangat....

    -u know me-
    far away from bandung.....

    ReplyDelete
  3. Thanz Izwan...looking forward for more from yours.

    Puteri Nyaring...saya orang johor anak kampung..Benut,Pontian.

    Makasih orang Bandung..ketemu nanti ya..kangen sih!

    ReplyDelete
  4. monolog duka... jgn sekali menyesal pe yg jd. Selagi jd 'katak dalam balang kaca' selagi tu la kita terus mengeluh dalam tulisan. 'katak dalam balang kaca' nampak pe yang diluar, tapi tak mampu keluar kerana belenggu anasir negatif yang jadi lumut disekeliling balang.... come on beb...melayu xkan hilang didunia tapi hilang di bumi sdiri!!!!

    ReplyDelete