PROJEK LORONG SENI 1 SUARA 1MALAYSIA

PROJEK LORONG SENI 1 SUARA 1MALAYSIA
Ayuh! Mari Merakyatkan Seni!

JANGAN LUPA KLIK JE!

Thursday, September 1, 2011

TERLALU BERKIRA

TERLALU BERKIRA
oleh Yusrika Bahar


1,2,3,4,5
Mana cukup ni untuk 10
Mana lagi 5,4,3,2,1
O perlu dinilai untuk kiraan?

Ah aku berkira-kira mahu sempurna
Dia berkira-kira mahu semua ada
Itu manusia hodoh, botak, gerutu, perengus mula mengira dan mencongak!
Apalagi yang bisa kurampas agar bahagianya diukur dengan GILA!

Mengapa terlalu berkira?
Apa yang ada jika semua dihitung penuh tanpa sisa
Sedikit pun tiada tinggalan...kering-kontang.
Yang beringat mula berpaling tadah
Yang berpaling mula selesa dengan kelaziman yang wajar untuk mata hati sendiri
Nilai kita dahulukala kolot
Harta kita dahulukala pergi mampus
Kini segalanya harus dikira dan berkira
Kerana apa ada pada jiwa jika semua ada nilai yang boleh dikira
Tenaga untuk siapa?
Apa ada jika serendah belanja nafsu tapi bukan untuk DIA?

Ah, aku yang salah mengira agaknya dalam perkiraan itu.
Aku bodoh mengira kerana membenarkan pengiraan yang sia-sia itu.
Biarlah
Manusia ada bijak bodohnya juga
Aku juga bodoh bijak mengatur perkiraan
Nantilah, tuhan tak pernah salah mengira
Pasti siapa angkanya betul
Congaknya benar
Maka jumlah sahih itu akan terpampang dilayar nyata.
Aku salah sebab aku tidak tahu mengira
Jangan kau salah kerana terlebih bijak mengira

12345, mana cukup ke 10
Ambil mana, mula mana?
Sekali mula sekali kira

Aaaah, Biarlah
Aku pun tidak mahu terlalu berkira!

Nilai kemanusiaan, kesetiaan dan kesatuan hati, mula hilang.
Jiwa dan rasa mula kosong sebab ada manusia algojo Bobrok terlalu berkira tentang duniawi.
Berkali-kali bersungguh-sungguh
Biar jahanam biar hancur!
Kau memang tak senang mengira, kalau aku tak biarkan kau berkira.
Kiralah agar puas hati kau!
Namun jika dendam itu hancur dan kau tewas, tuhan tak pernah salah mengira!


p/s : Berkira-kira mahu belajar mengira kira-kira agar pengiraan selama ini benar kiraannya!


Sunday, August 7, 2011

LORONG SENI @ Rakan Muda Ramadhan



FAEDAH PENAJAAN

LANTIKAN RASMI SEBAGAI PENAJA KORPORAT ( RM 10,000.00)

01. Pengumuman rasmi sebagai penaja korporat sepanjang Program.
02. Logo syarikat/organisasi disiarkan dalam semua medium pemasaran seperti brosur, banner, laman web, dan buku program.
03. Logo syarikat diletak di backdrop
04. Pemberitahuan kepada pihak Media dan tetamu VIP
05. Dimuatkan didalam Laporan Tahunan dan Kempen Lorong Seni semasa
06. Sijil Penghargaan.
07. Pameran/Booth percuma.
08. Resit Pembayaran / Penerimaan untuk Penajaan Wang Tunai
09. Pengumuman rasmi sebagai penaja makan malam.

PENAJA BARANGAN DOOR GIFT,
01. Penajaan barangan seperti door gift dialu- alukan.
02. Pengumuman rasmi sebagai penaja barangan.
03. Logo syarikat diletak di backdrop
04. Pameran/Booth percuma.
05. Sijil Penghargaan.

SELAIN ITU, KAMI BOLEH JANJIKAN ADALAH WUJUDNYA PERKARA BERIKUT:
01. Penyerlahan Bakat & Potensi
02. Perhubungan, Perkongsian Ilmu & Pengalaman
03. Penerimaan, Penghayatan dan bertoleransi 1 Malaysia
04. Semangat Bekerja Berpasukan dan Semangat Kesukarelaan
05. Peluang, Keusahawanan, Kajian Pasaran Kreasi Baru
06. Kebajikan, Empati, Kemasyarakatan dan Amalan Berterusan
07. Hebahan Media, Komunikasi Awam dan Pendedahan
08. Teknologi Maklumat, Informasi, Sastera Ilmiah & Interaksi Sosial
09. Pengkayaan dan Pelestarian Adat, Seni & Budaya
10. Perkongsian Kepakaran, Penghargaan & Pengiktirafan.

NABI S.A.W BERSABDA,

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”[1]

DARI ‘ALI, IA BERKATA, NABI S.A.W BERSABDA,

« إِنَّ فِى الْجَنَّةِ غُرَفًا تُرَى ظُهُورُهَا مِنْ بُطُونِهَا وَبُطُونُهَا مِنْ ظُهُورِهَا ». فَقَامَ أَعْرَابِىٌّ فَقَالَ لِمَنْ هِىَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « لِمَنْ أَطَابَ الْكَلاَمَ وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ وَأَدَامَ الصِّيَامَ وَصَلَّى لِلَّهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ »

“Sesungguhnya di surga terdapat kamar-kamar yang mana bagian luarnya terlihat dari bagian dalam dan bagian dalamnya terlihat dari bagian luarnya.” Lantas seorang arab baduwi berdiri sambil berkata, “Bagi siapakah kamar-kamar itu diperuntukkan wahai Rasulallah?” Nabi S.A.W menjawab, “Untuk orang yang berkata benar, yang memberi makan, dan yang senantiasa berpuasa dan shalat pada malam hari di waktu manusia pada tidur.”[9]






















JIKA KU TOLEH LAGI

JIKA KU TOLEH LAGI
oleh Yusrika Bahar

Berat ku langkahkan kaki mengharung siur depan mata
Lidah sudah ku kunci untuk berbicara buat sekian kalinya
Perlu apa lagi kutitiskan airmata buat yang melupai
Bagai hati tertusuk duri
Bagai diri sudah terkubur mati

Kusesakkan benakku menyesalimu
Kulapangkan hatimu merelakanmu
Aku kematian
Aku kehilangan
Puing-puing udara dihadapan bagai mengejek kudratku
Ini rupanya harga diriku
Ibarat daun kering berguguran..kontang berterbangan

BERHENTI

BERNAFAS

BERJALAN

...........................

Untuk siapa kudepangi sesalan

Untuk apa kuladeni amarah
Mengapa masih kucuba dustakan hiba

Ah!

Mudah kuajar resminya padi,
namun lalang juga jadi kendiri
Sudahnya aku diperbodohkan lagi
Hanya dengan alasan berdikari
Berpijak dibumi sendiri

PERGI

Jangan kau hadir dalam mimpiku lagi...
Bukan aku membenci
Tapi mungkin aku yang kelewatan melepaskan kau pergi
Jalan didepan itu masih punya ku lagi
Jika ku toleh lagi...

Wednesday, June 22, 2011

TRANFORMERS@LORONG SENI

TRANFORMASI atau TRANSFORMERS ?
oleh Yusrika Bahar

Salam 1 Belia 1 Malaysia

TRANSFORMASILorong Seni @ Y-AVENUEBahagian Pembangunan Rakan Muda membawakan anda....Y-AVENUE !!!

Parayaan Sambutan Hari Belia Negara 2011 telah melabuhkan tirainya.
Kemeriahannya serta kehadiran para pengunjung memberi impak besar sehingga melebihi sasaran dan lebih SEJUTA BELIA berhimpun untuk sama-sama meraikannya.

Jumlah keseluruhan hampir 1.5juta Belia hadir samada menyertai, bertugas, atau sekadar mengisi masalapang dan melawat.

Lorong Seni tidak ketinggalan memberikan ruang pada anda untuk berkarya lewat Lagu, Puisi, Lakonan, Tarian, Nyanyian, Produk Grafik, Lukisan Tangan, Filem, Produk Seni Halus, Instrumen muzik dan bunyi malah ada juga dari pihak luar dari negara jiran turut bersama Lorong Seni, In-Action & Morning Smile!
“ Belia Pemangkin Transformasi”
Itu tema Hari Belia Negara 2011.
Maka pada kali ini Dataran Remaja telah melakukan Transformasi dengan menukar namanya ke Y-Avenue Rakan Muda dan kembali dengan semangat tema HBN itu, untuk pertengahan tahun kedua ini.

Maka siapakah yang akan meneruskannya dan bertindak untuk mengubahnya?
Anda, wahai Belia bukankah? Jadi anda digelar apa jika menyambut baik dan menjadi pemangkinnya?

Pengubah atau lebih Gen-Y nya : Transformers!

Jika anda tidak tahu kemana dan mahu mengisi masa lapang serta belum pernah ke LORONG SENI, lakukan serta buktikan sekarang untuk satu TRANSFORMASI, maka TRANSFORM sekarang, dan jadilah TRANSFORMERS!

Kelab Budak-Budak Band Malaya , Earthagain Sdn Bhd, YOUTH, Help Our Penyu (HOPE), Akademi Tatih Seni Malaysia, SMK Presint 11(1), Mr.CK Magician, Santai.TV, KOSMO, Izan Ali & Estetica, By Heart Clan, FRINJAN dan ramai lagi pernah terlibat sebagai Rakan Bersama, dan kami masih menunggu jawapan anda kali ini.

Begitu juga dengan pihak Dakode.com yang telah berbelanja Puluhan Ribu Ringgit Malaysia untuk kemajuan Lorong Seni sebagai Gerbang Seni Budaya pada remaja dan Rakan Muda melalui penajaan Dakode Microsite, pada yang menadi ahli komuniti Dakode Music Arts & Entertainment dan ianya PERCUMA (dari nilai asal yang bernilai RM 10,000!). Mari kita sama-sama tunggu dan lihat hasilnya serta impak dimasa akan datang.. Apa jadi...hmmm...

Tidak dilupa pihak Toy Rebels yang menyumbang hadiah cenderahati berupa Pedang Replika Lords Of The Rings yang bernilai RM 10,000.00 kepada YB Dato' Devamany Timbalan Menteri di JPM selaku VIP Lorong Seni.

Terima-kasih kepada pihak Earthagain Sdn Bhd juga yang menyumbang 'Tong Sampah Recycle' bagi Pendidikan Alam Sekitar yang bernilai RM 2,000.00 serta kesudian mereka selepas itu membuka booth setiap kali Lorong Seni.

Selain itu setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Irwan Rizal : Presiden YOUTH WPKL yang tidak jemu-jemu membantu dan menghulurkan sumbangan pada KTMP'ers bermula tahun lepas lagi dan nilainya hingga kini mencecah ratusan ribu RM. kerana Lorong Seni & KTMP bersiaran setiap bulan minggu ketiga.
" Saya sayang KTMP dan budak-budak teater ni, semangat mereka bagus dan tak semua orang ada kualiti sebegini. Jaga mereka dan jangan biar terlepas..didik lagi kaw2..ini Aset tau!" tegasnya pada saya 1 masa dulu.


Itu belum individu atau kumpulan yang menaja itu-ini dan sumbangan peribadi yang nilainya juga tidak dapat dinyatakan hingga hari ini untuk kegunaan Kaki Teater Muda Putrajaya yang kini berdiri secara sah dengan nama Kelab Belia Tenaga Putrajaya melalui R.O.YSecara jujurnya jika anda mengharapkkan wang besar, elaun berbaloi-baloi, token duit minyak berates-ratus, maka bukan kami jawapannya. Jika anda mengharapkan kami mengeluarkan wang beribu-ribu ringgit untuk menyediakan dan membayar keperluan anda, maka anda silap lagi.

MISI & ISO kami?
Semangat Kesukarelaan & Kemasyarakatan, Sumbangan Ikhlas & Bantuan atas Dasar Seni dapat dipupuk & dicapai!

AYUH DATANG KE LORONG SENI - MARI MERAKYATKAN SENI!!!

INI INFONYA WAHAI TRANSFORMERS!

PROGRAM
Y-AVENUE RAKAN MUDA!

PENGISIAN
Lorong Seni Putrajaya – Seni ke Putra

TARIKH
25 JUN 2011

MASA
10.00am – 11.00pm

LOKASI
Menara KBS, Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya.

KERJASAMA
KELAB BELIA TENAGA PUTRAJAYA : PPBM 7161 / 11
KELAB BUDAK-BUDAK BAND MALAYAEYOI ADAM PROFESSIONAL MAKE-UP ARTISTGEOMATICA COLLEGETOY REBELSYOUTH


TRANFORMERS @ Lorong Seni Putrajaya
@ Y-AVENUE RAKAN MUDA

Y-AVENUE RAKAN MUDATRANSFORMERS kali ini membawa maksud perubahan dan kesediaan untuk berubah. Kedengaran agak klise, namun ianya mengambil unjuran inspirasi / mesej kehadiran tayangan Filem Transformers 3 yang akan menjengah pawagam diseluruh dunia Jun ini.Relevansi Tema Hari Belia Negara 2011 tahun ini adalah “ BELIA PEMANGKIN TRANSFORMASI ”dan semangat itu berterusan hingga kini. Oleh itu pengisian
Y-AVENUE RAKAN MUDA & Lorong Seni kali ini adalah berkaitan dengan perkataan tersebut dan membawa kepada 1 perubahan yang positif untuk para remaja dan belia.


Sekiranya anda / individu / kumpulan tidak pernah membuat performasi di Lorong Seni atau mempersembahkan karya anda, maka kali ini adalah ruang dan platform untuk anda. Maka anda kena berubah.

Jika sebelum ini anda / individu / kumpulan pernah membuat performasi, kali ini akan lebih baik dan meyakinkan. Semakin baik.

Jika anda / kumpulan / individu tidak pernah menyertai Lorong Seni, maka kali ini adalah ruang anda untuk turut serta terlibat didalam pengisian atau Slot yang disediakan.


KONSEP / PRINSIP : TIDAK MENERIMA BAYARAN & TIDAK MEMBERI BAYARAN


Penerangan :

Golongan seni juga tahu akan elemen kesukarelaan. Didalam persembahan karya, berkongsi dengan masyarakat, melakukan pengorbanan besar, Lorong Seni menjadi platform mengasah bakat dan nilai keyakinan dalam persembahan pentas. Memberikan ruang dan peluang kepada golongan muda untuk berinteraksi dan sebagai contoh ; KTMP’ers terdiri daripada pelajar yang masih bersekolah dan memerlukan pendedahan, mendapatkan sokongan samada dari sudut motivasi, tips dan ilmu daripada golongan ‘indie’ atau ‘mainstream’dan aktivis Seni.

Hadir ke Lorong Seni atas dasar sukarela dan tidak dibayar penuh.
Cukup sekadar token minyak, pengangkutan dan makan minum(jika ada)

Hanya sehari , ayuh ke Menara KBS, Persiaran Perdana, Precint 4, Putrajaya.

Kongsi Pengalaman, Kecintaan anda, Motivasi, Penggalakkan, Sokongan Moral,
Perkongsian Maklumat, Ilmu, Kemahiran & Disiplin Kepakaran serta
Tunjukkan Semangat keprihatinan anda untuk berubah dan menyokong kami atas nama seni!?

Saturday, May 21, 2011

LORONG SENI HARI BELIA NEGARA 2011!!!

LORONG SENI KEMBALI LAGI
oleh Yusrika Bin Bahar

SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2011
-Himpunan Sejuta Belia-
27- 29 MEI 2011
PUTRAJAYA

LORONG SENI ?

Adalah program Rakan Muda Seni Budaya anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan idea ini dicetuskan dan didigerakkan oleh Kaki Teater Muda Putrajaya. Ahli Kaki Teater Muda Putrajaya. Lorong Seni dijalankan di Putrajaya kerana kekangan masa dan tahap kewangan daripada pelajar ini untuk keluar dari Putrajaya menonton aktiviti seni di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Lorong Seni adalah aktiviti atau acara bulanan, yang melibatkan pertemuan seni para belia diatas dasar seni, keusahawanan kreatif & inovatif, sastera & budaya, pembelajaran kepimpinan, dan semangat kesukarelaan.

Menggunakan Konsep :

'Tidak Menerima Bayaran dan Tidak Memberi Bayaran'


Lorong Seni juga menghimpunan karya-karya kreatif para anak muda dan juga dikalangan pencinta seni ilmiah. Lorong Seni mengumpulkan segala jenis bentuk seni untuk dipertontonkan kepada umum. Pelbagai aktiviti disajikan antaranya Deklamasi Puisi secara akustik dan jalanan,
Pementasan Teater Jalanan, Jualan Barangan Kreatif buatan tangan, Jualan buku-buku ilmiah. Selain itu, persembahan kesenian lain juga turut diserikan di Lorong Seni ini seperti Joget
Lambak, Dikir Barat dan lain-lain lagi.

LORONG SENI @ Y-AVENUE - HBN 2011 - PUTRAJAYA

PENGANJUR UTAMA
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Jabatan Belia & Sukan Negara
Kementerian Belia & Sukan Malaysia

SOKONGAN RASMI
Majlis Belia Malaysia
Kelab Rakan Muda Malaysia
The International Award For Young People
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Perbadanan Putrajaya

PENGGERAK LORONG SENI
Kelab Belia Tenaga Putrajaya
Produksi Kaki Teater Muda Putrajaya

RAKAN PENAJA
Earthagain Sdn Bhd
Dakode Music, Arts & Entertainment Community
Toy Rebel
Youth

AKHBAR RASMI
KOSMO

RAKAN PENGANJUR BERSAMA
SMK Presint 11(1)
PIBG SMK Presint 11(1)
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM Malaysia
Akademi Tatih Seni Malaysia & Persatuan Belia Kota Gagasan
Mastershot Talent Management
Kelab Budak-Budak B.A.N.D Malaya
Pixel Playground
Komuniti Frinjan
The Qum Actors

JEMPUTAN ASEAN
Kementerian Pemuda & Olahraga Republik
Indonesia
In Action & Morning Smile

SOKONGAN SEKOLAH
Kementerian Pelajaran Malaysia
Jabatan Pelajaran Malaysia
Pejabat Pelajaran WP Putrajaya
SMK Seri Indah
Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya

NGO / AGENSI SWASTA
Orlaith Sdn Bhd
Green Sentral
Help Our Penyu (Hope)
Kl Krash Pad
Kelab Belia Taktik

PENERBITAN
Distro Buku
Oxygen Media
Izan Ali & Astana Novela

INDUSTRI KREATIF & FOTOGRAFI
Kraf Malaysia
Fusionwave & Toys Minister
Liselle Art
Dweey
Lomografi Club
Encik Akmal / Mile09
Ikram Creatives
Maiqa Beg
Azah Chan & Azreen Chan Doodles

PRODUKSI SENI / MAINSTREAM / RAKAN ARTIS
Jazz Ampang
U-MeDia Sdn Bhd
Bob Mesra Entertainment
Dior Entertainment
Aesar Mustafa
Bob Af
Azmir Arif
Airiel Zulaily
Dior
Mac (S’pore)
Hael Husaini
Taufeeq
Max 24/7
Anuar Ariffin
Yasir
Harmira
Wawa Ktmp’ers
Mc Stiff
Dayana Amerda

ILUSI SILAP MATA
Mr. Ck @ Kiku Khairil – Magician

PEMUZIK / PERCUSSIONIST
Kl Street Drummers
By Heart Clan
Pendekar Bambu

INDIE PEMUISI / SINGERSONGWRITER /
AKUSTIK
Soul Award
In-Heart
Fynn Jamal
Muna Ghoz
Fazleena Hishamuddin
Salman Al-Farisi
Azreel Azhar
Acid Hadi
Amirah Ali
Hardy Arbi
Niqi Fauzan
Tri

INDIE BAND
Hello Screen
Pina Musa
Couple
Zamri Lagenda Gitar
Angelika
Tasya Ink
Faulty Dress
Diary Page 22
De Koppy
Erry King
Exora In Fear
Curve The Bullet
Rock & Roll John
Nuclear Strikes
Prostration
Saturdays
Standing On 2
From Dusk Till Dawn
Chintelizer
Paperplane
The Missioned
Muaz’s Band
Roxxane
Spinache
The Garden
The Missioned
Forever Young
Daniel & Frenz
Stubborn
Radar
Kedai 4
Chicanosz
Justice
Maybe Its True
Cahaya
We Come 4 The Rescue
Minus Virus
Nafas
Potret Band
The Finks
Under Pressure
Arri Band
Horizon
Bexter
Before Urban
Rise Againts War
Afterlife
Emosa Pendosa

INI JADUALNYA!!!

LORONG SENI
MENARA KBS, PRESINT 4,
PERSIARAN PERDANA, PUTRAJAYA
10.00am - 12.00am
PERCUMA

AYUH MERAKYATKAN SENI!

Wednesday, April 13, 2011

LUAHAN RASA & JIWA

LUAHAN RASA & JIWA
oleh Yusrika Bahar


ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.

Apa khabar? Lama tak menulis panjang kan? Sekarang ini juga aku masih berkira-kira samada jari-jemariku ini mampu dan mahu menaip panjang-panjang. Cerita segala luar dan dalam aku. Buka pekong didada dan biar semua orang baca betapa bodohnya aku menjual maruah sacara maya disini.

Haaaa..(aku ketawa sebenarnya). Semakin hari sekitaranku makin sibuk. Beban tugas yang tak kunjung padam disulam dengan tanggungjawab yang terus memberat. Boleh aku membelakanginya? Sudah tentu boleh! Namun apa nikmatnya jika aku berpaling menjauh? Rasa? Jiwa? Asa aku? Luahan yang selalu ku lagukan? Kenyataan yang selalu disalahertikan. Ada orang kata sudah-sudahlah tu kejar apa yang kau usahakan. Nanti bila parah, kau akan tidak terkata-kata lagi.

Senyum dengan ungkapan sebegitu. Tidak kurang yang memandang sinis bila kasihku tidak hanya kutumpahkan pada keluarga sahaja. Malah pada sesiapa yang mahu merasa jiwaku. Aku sayang tanpa ada had sempadan walau bukan sedarah daging seurat nadi seleluhur waris. Ah persetan pada yang mengjengkelkan. Sampai bila harus hidup dengan tulah onar orang. Ramai yang bilang ini adalah ruang untuk kongsi segala. Namun jika semua mahu dikongsi maka apa yang tinggal bagiku? Kerahsiaan apa yang belum dibuka lagi jika semua pintu kuncinya disini?

Sebenarnya jika bicara tentang kemahuan, permintaan dan kepenatan, tiada satu pun bahasa yang pasti untuk menerangkan semuanya bahawa aku punya macam-macam kemahuan, permintaan dan kepenatan. Aku butuh bantuan, aku sempit kesenangan dek kegilaan pada kecintaan yang segelintir sahaja yang menjayakannya. Subjektif? Atau terlalu Absurd?

Jawapan pada aku : Entah! Aku sendiri tidak tahu teori apa yang digunakan dan teknik apa yang dilestarikan. Pokoknya tidak tepat pada 1 ungkapan saja. Setiap orang punya dimensi berbeza dalam penafsirannya. Sebab itu adakala aku tidak berpegang pada 1 jawapan pasti bila ditanya sebab perspektif manusia berbeza mengikut peringkat umur, ekonomi, sosialisasi dan keberadaannya.

Ah! Senang bangat menentukan halatuju hidup jika ia semudah bicara. Rancang, jalan dan lihat impak. Pasti semuanya bagus-bagus sahaja kan. Namun apalah daya aku jika kudrat tidak setanding mimpi. Jika ada yang disukai juga hanya sekadar dimata tapi tidak dihati. Bibir kata ya tapi jiwa belum pasti.

Bungkam..

Mungkin entri ini lebih pada syok sendiri untuk dimengerti. Apa yang aku perlu peduli, bila ramai mengatakan blog ini lebih kepada personal berbanding bisnes. Setiap orang kan aku bilang tadi bahawa punya cara melihat yang tersendiri. Maka aku pulangkan juga pada kalian untuk membacanya hati aku tika ini (jika anda pandai menekanya melalui entri ini). Tiada maksud apa-apa baik yang zahir mahupun tersirat. Taipan kali ini hanya cacamarba untuk aku menulis apa sahaja yang terlintas di benakku.

Pusing? Pening?

Tenang. Sebab aku sendiri sedang cuba mengkhayalkan diri dengan bait-bait kata pemuisi yang puitis campur lagu yang enak menjengah halwa telinga.

Jumpa lagi dan maaf kali ini ya.



p/s : Masih rindu 'dia'
Pagi tadi ke SBP Sek Men Sultan Alam Shah (SAS) bertanding Teater Mini Sketsa Kerjaya.
Mana silapnya, 2 naskah skrip aku hasilkan dan dua-dua tidak dipentaskan.
Salah aku tidak menjiwai temanya hingga ditolak dan dirombak. Seperti ternoda bukan?
Kemudian sekali lagi aku terpaksa menerima kekalahan.
Bila yang tidak wajar dinobat pemenang.
Bila yang layak dinafikan haknya.
Aku sedih-geram-marah-kecewa-rindu 'dia'-pasrah!

LORONG SENI APRIL.11.1

LORONG SENI APRIL 11.1
oleh Yusrika Bahar


SALAM 1BELIA 1MALAYSIA


Bahagian Pembangunan Rakan Muda dengan kerjasama Kaki Teater Muda Putrajaya, SMK Presint 11(1), YOUTH, Akademi Tatih Seni Malaysia, Kami Band2 Budak Malaya (KB2BM), Dakode Music, Art & Entertainment Community dan Pixel Playground sekali lagi akan bersiaran di Lorong Seni April 2011 ini!


16hb - 17hb April 2011

Apa yang ada? Ini infonya :

.........................................................................................

16 & 17 APRIL / SABTU & AHAD

[ 10.00 am - 05.00 pm ]

PENCARIAN BAKAT BARU SEBAGAI PENGACARA TV2

RANCANGAN HELLO ON SCREEN TV2

VIP HOLDING ROOM,
PODIUM A, MENARA KBS,
PRECINT 4, PUTRAJAYA

- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 18 hingga 25 Tahun
- Fasih Berbahasa Inggeris
- Kreatif & Berperwatakan Menarik

* Sila bawa Salinan IC dan Gambar berukuran 4R 2 Keping.

Maklumat Lanjut sila hubungi : Cik Lizza 013-3416427.




16hb APRIL 2011 / SABTU

[ 10.00 am - 12.00 pm ]

- Kelas Asas Teater ARP RM
- Bengkel Asas Penulisan Kreatif bersama Izan Ali & Estetica ke-2
- Kelas Asas Tarian Tradisional Akademi Tatih Seni Malaysia bersama Noraniza Idris*
- Online Cyber Games di Pusat Siber Rakan Muda, PKRM

*tertakluk pada perubahan jadual

[ 02.00 pm - 04.00 pm ]

- Mini Showcase oleh KTMP'ers, Yusrika Bahar & Friends
- Slot Puisi, Lagu & Akustik

* jom ramai-ramai jam puisi akustik. masih kosong lagi ni. Siapa mahu join?

[ 03.00 pm - 11.00 pm ]

Pesta Gig 'Indie Band' - Kami Ada Band
oleh Kelab Budak2 Band Malaya

- D ' Sentuhan
- Faulty Dress
- Stubborn
- Lame O Flash
- Rock & Roll John
- Afterlife
- Exora In Fear
- Ciri2Die
- Curve The Bullets
- Erry King
- The Last Son
- Superheroes
- Fall Asleep
- Rottenhead
- One String Out

Maklumat Lanjut sila hubungi :

Bob : Erry Hetfield (Facebook) : 012 - 9204669
bob_jentayu@yahoo.com
malaya.band@yahoo.com


17hb APRIL 2011 / AHAD

[ 03.00 pm - 07.00 pm ]

"LEPAK SANTAI bersama DAKODE MUSIC, ART & ENTERTAINMENT COMMUNITY"

AKTIVITI :

- Lagu Akustik
- Fotoshoot Model / Photomodels
- Musical Instrument Jamming Session
- Art Talk
- Puisi
- Demo : Dakode Microsite
- Open mic

BERSAMA :

- COUPLE
- DAYANA Idola Kecil TV9
- Angelika
- Norzamri Lagenda Gitar
- Zailan Razak
- Pina Musa
- Han Ashley
- Hello Screen

Lepak-Lepak bersama Dakode Music, Arts and Entertainment Community

[ 03:00 pm ]
welcome Dakode.COM Founder and CEO John Fong

[03:15 pm ]

on stage 1 with Dakode Girl Penny
- grp 1: Pia Zahari
- dakode knowledge/skills building 1 (poster and tickets)
- group 1a: Loud Music Percussions (LMP)
- lucky draw 1

[ 03:45 pm ]

on stage 2 with Dakode Girl Penny
- group 2: Angelika
- dakode knowledge/skills building 1 (microsites)
- group 2a: to be announced
- lucky draw 2

[ 04:15 pm ]

on stage 3 with Dakode Girl Penny
- grp 3: Last Minute Crew
- dakode knowledge/skills building 1 (scanning)
- group 3a: Machine Head
- lucky draw 3

[ 04:45 pm ]

on stage 4 with Dakode Girl Penny
- group 4: Hello Screen
- dakode knowledge/skills building 1 (software)
- group 4a: NAFAS
- lucky draw 4

[ 05:15 pm ]

on stage 5 with Dakode Girl Penny
- group 5: Alif Azizi
- dakode knowledge/skills building 1 (site updating)
- group 5a: Tasya Ink
- lucky draw 5

[ 05:45 pm ]

on stage 6 with Dakode Girl Penny
- group 6: Yart and the Opera
- dakode knowledge/skills building 1 (display strategies)
- group 6a: The R.U.I.N.S
- lucky draw 6

[ 06:15 pm ]

on stage 7 with Dakode Girl Penny
- group 7: Dayana Amerda (Idola Kecil 2) dan Danial Razak
- dakode knowledge/skills building 1 (DAKODE.COM team)
- grp 7a: to be announced
- lucky draw 7

[ 06:45pm ]

on stage 8 with Dakode Girl Penny
- group 8: Guitaris International Zailan Razak dan ZRP
- ipad show
- grp 8a: Guitaris International Norzamri Lagenda
- lucky draw 8

[ 07:15 pm ]

end

Hubungi :
marx.aideit.samani@gmail.com
(019) 28 28 28 1
(016) 661 - 7708
.........................................................................................

Mahu turut serta? Masih terbuka dan dialu-alukan.
Untuk performasi, gerai, jualan sila berhubung dengan individu berikut :

PERFORMASI, GERAI & JUALAN
Danial Bobo : 017 - 6032881
Yousef Bob : 017 - 3060543
Fahmi Iswan : 012 - 9703673
Nadia Mokhtar :017 - 3017549
Ina Rasidi : 017 - 3943509

Facebook : Lorong Seni / Kaki Teater Muda Putrajaya

PAMERAN SENI & DEMONSTRASI SENI
Irsyad Iskandar : 017 - 7996169

CYBER ONLINE GAMES
Faizal Reza : 019 - 758 8482
Muzzamil Sulaiman : 017 - 747 3367

.........................................................................................

AYUH MARI TURUT SAMA MEMERIAHKANNYA!
LORONG SENI KHUSUS UNTUK ANDA YANG MENCINTAI SENI!
SENI ke PUTRA!

HIMPUNAN SEJUTA BELIA - SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2011

Tuesday, April 12, 2011

AKU & HATI AKU

AKU DAN HATI AKU
oleh Yusrika Bahar

Jarang berhubung
Masa tiada bertaut
Aku merungut
Kata-kata hilang
Sempadan tak larut

Aku diam bila mahu bercakap
Aku senyap bila mahu ketawa
Aku bungkam bila mahu ceria

Biar awan mendung
Biar ribut berdentum
Biar ombak menggulung
Biar...
Tidak mengharap cuma menjangka
Mimpi pada yang sudi

Sendu itu tiada siapa yang tahu
Peduli untuk jalan mati.
Nafas luhur tandus
Kontang..

Namun
Aku ada hati
Walau bukan milik aku penuh

.....

p/s : Malam ini aku rindu pada 'Dia'

Monday, March 7, 2011

LORONG SENI MAC 2011 @ YOUTH SQUARE

LORONG SENI
oleh Yusrika Bahar
19 Mac 2011
10am -11pm
Menara KBS, Presint 4, Putrajaya.
PERCUMA

p/s : Kita anak seni harus menghargai seni! Ayuh merakyatkan seni!

Friday, February 25, 2011

LANGKAH SEHARI LAGI

LANGKAH SEHARI LAGI
oleh Yusrika Bahar

Bulan mengambang

Matahari membahang

Angin mendayu

Pohon melambai

Menawan

Ditawan

Tertawan

Tawanan

Aku

Langkahkan kaki ini sehari lagi

Menjejak kasih merasian sayang

Bertimpa selang-seli bertali arus

Ke mana haluan membangkit rindu

Menanti menunggu

Aku bukan durja yang beramarah

Putaran atas bawah

Jalanan itu ada tujuan

Akhiran..putus..tamat

Tidak ada sehari lagi akan langkah ini

Jika bertepuk kosong

Jika berderap longlai

Jika bergetap lesu

Salamku pada detik

Kiriman ke waktu

Agar ada undangan untuk sebuah kenangan

Nafas berbaur udara

Sisa untuk ke noktah

Jadi

Apa gunanya untuk melangkah sehari lagi kedepan.

Aku jiwa aku

Aku rasa aku

Aku citra aku

Aku fitrah aku

Mati!

p/s...Hidup untuk siapa?

Sunday, February 20, 2011

AKU GILA!

KISAH AKU MINGGU INI
oleh Yusrika Bahar

Salam

Aku mahu diam tapi aku lapar.
Aku mahu melalak tapi aku lapar
Aku mahu....

Pernahkah kau rasa
Hidup tak seindah yang disangka
Khabar tak seindah rupa
Mimpi tak seindah nyata
Pernahkah kau rasa...

Dan, aku gila minggu ini.
Dan, aku miskin hari ini.
Dan, aku lapar..

Semalam aku gila berteater di PKRM bersama tikus-tikus makmalku. Kemudian aku gila bermain badminton. Kemudian aku gila melayan lagu-lagu bakat baru di Gravvy Baby. Aku gila lagi 'open mic' berpuisi akustik disitu bersama teman-teman dan tikus-tikusku. Fynn Jamal demam aku melalak juga. Suaraku rabak, penatku longlai, poketku kontang, hatiku walang.

Aku gila campur lapar!

Harini masih gila! Esok...?

????



p/s : Jangan tiru hidup aku yang tak menentu!


Tuesday, February 8, 2011

LORONG SENI

LORONG SENI
oleh Yusrika Bahar

SALAM

Bahagian Pembangunan Rakan Muda melalui Unit Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, Youth Square dan dengan kerjasama Kaki Teater Muda Putrajaya membawakan anda Lorong Seni !

Tema kali ini adalah ‘Hijau is Nature’ dan persembahan yang akan dijalankan semuanya didedikasikan kepada alam sekitar dan bumi tercinta. Ini adalah pembaharuan bagi Lorong Seni yang setiap bulan diadakan dan KTMP cuba menyemai perasaan cinta dan sayang ke...pada alam sekitar dalam diri remaja dan belia di Malaysia.

Hanya sehari , maka itu ayuhlah semua hadirkan diri anda ke Menara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Precint 4, Putrajaya. Tunjukkan keprihatinan anda kepada anda alam sekitar dan bumi yang kian tercemar oleh tangan jahat MANUSIA !


12 FEBRUARI 2011 (SABTU)

[10.00 pagi - 11.00 malam]
Pameran dan jualan di Lorong Seni.

- Pentas Aksi.
- KELAB BUDAK2 B.A.N.D MALAYA
- BY HEART CLAN
- YAMAHA ALAMANDA
- Estetica
- Rhoefeq
- Dior
- The Qum Actors

Bagi sesiapa yang mahu menjual apa sahaja barangan seni atau membuat pameran tentang segala jenis seni boleh hubungi kami. Masih terbuka dan dialu-alukan kepada sesiapa yang mahu turut serta.

Atas dasar seni, booth atau tapak untuk anda PERCUMA. Tiada bayaran dan kami tidak meminta bayaran.


[10.00 pagi - 12.00 tengahari]
Tayangan filem-filem pendek karya anak muda tempatan.

Bagi sesiapa yang mahu menayangkan filem, teaser, promo dan apa-apa sahaja, anda boleh berhubung terus dengan BOB UFROW 017 - 3060543


[10.00 pagi - 12.00 tengahari]
Kelas Asas Teater ARP Rakan Muda*

* Khusus untuk peserta ARP, Kaki Teater Muda Putrajaya & pelajar yang telah mendaftar.
* Pelajar / peserta baru dialu-alukan

[2.00 ptg - 6.00 ptg]
Slot puisi dan lagu-lagu akustik serta demonstrasi seni.

- SOUL AWARD
- MOSYUKRI BORHAN
- PKMY (PARKOUR MALAYSIA) / 3RUN.MY
- ER ARTS
- KTMP
- RADAR
- IZAN ALI
- ESTETICA
- THE QUM ACTORS
- THE MENTALIST
- DAYANGKU SITI AFIZAH
- BY HEART CLAN
- IN HEART

-FYNN JAMAL-***
-SALMAN AL-FARISI-***
-PENA-***
-KEMUDI-***
-GAPENA-***
-FAZLEENA HISHAMUDDIN-***
-BOXXTHUG AFIQ-***
-PARADOKS-***
-NAZRIN SHAH SOG-***
-ZAQWAN & DIN –***
-AZREEL AZHAR-***
-ACID HADI-***
-SHAHRIZA MAHMUD-***
-DRUM SIFONI-***
-GAMELAN SMKP11(1)-***
-TRI-***
-KHAIRUL S-***

Masih terbuka kepada sesiapa yang berminat.
Ini juga adalah sesi percuma untuk mengembangkan bakat anda.
(Anda boleh berhubung terus dengan NADIA MOKHTAR 017 - 3017549).


Kami tidak menerima bayaran dan kami juga tidak memberi bayaran.ini ruang anda!

[8.00 mlm - 11.00mlm]
Slot performasi Indie band.

- Y2K
- FAULTY DRESS
- SECOND COMBAT
- BY HEART CLAN
- WE BITE ZOMBIE
- THE TICK
- EMOSA PENDOSA
- L IS IN LURVE

Masih terbuka kepada sesiapa yang berminat. Anda boleh berhubung terus dengan DANIAL BOBO ( 017-6032881)


Ini juga adalah sesi percuma untuk mengembangkan bakat anda. Kami tidak menerima bayaran dan kami juga tidak memberi bayaran.
Jika anda mahu dikenali, mengumpul peminat mahupun followers,
ini ruang anda!

Ayuh marilah turut serta dalam kemeriahannya. Atas dasar seni samada genre muzik, sastera, fesyen, seni-lukis, suara, lakonan, puisi, seni visual, barangan kraftangan dan sebagainya amat kami alu-alukan.
Demi seni bermula dari akar umbi, ayuh kita merakyatkannya sama ada moden, tradisional atau kontemporari.

Putrajaya dan Lorong Seni sememangnya untuk anda!
Hubungi kami untuk maklumat lanjut :

Yusrika Bahar : 012-7052504
Syamil Azmim / Danial Bobo : 017-6032881
Yousef Bob : 017-3060543
Fahmi Iswan : 012-9703673
Nadia Mokhtar :017-3017549

P/S :
• Sila datang 20 minit awal sebelum waktu slot anda untuk pengesahan atau hubungi pihak penganjur
• Tema kali ini adalah ‘Hijau’ dan anda digalakkan menyelit unsur alam sekitar di dalam salah satu puisi/lagu yang bakal dipersembahkan
• Pihak penganjur Lorong Seni mengamalkan konsep tidak membayar dan tidak minta dibayar, semua yang dilakukan adalah atas dasar memartabatkan seni dan menyediakan platform kepada anak muda untuk mengembangkan bakat
• Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi individu-individu diatas untuk makluman.
• Nama yang mempunyai tanda ini *** , adalah peserta yang belum mengesahkan penyertaan untuk Lorong Seni kali ini.

AYUH! MARI MERAKYATKAN SENI!!!!

Friday, January 28, 2011

SENYAP

SENYAP
oleh Yusrika Bahar


.......
Lidah kelu
Akal buntu
......
Tuli
Bisu
......
Siapa aku?



p/s : Asal dari tanah jua.

Saturday, January 22, 2011

JIKA IA KISAHKU

JIKA IA KISAHKU
oleh Yusrika Bahar

Mulutku gumam
Siangku suram
Malamku kelam
Sirahku karam

Aku melihat, mataku buta
Aku membaca, mulutku bisu
Aku mendengar, telingaku tuli
Aku merasa, jiwaku mati

Gersang...
Nafsu merobek waras akal
Agar aku menodai asaku
Maka aku tidak punya kisah yang asyik
Kerana nikmat dunia itu mengaburi Syurgawi
Agar aku mengiakan
Itu yang terbaik buatku selamanya...

Kaki dikepala kaki
Bahu ditapak bahu
Ludah mengangkat darjat
Maka cahaya kau musuhi
Jijik itu kau rindui
Mana benarnya lagi jika tiada harga diri

Pergi MAMPUS!!!!


p/s : Makan daging saudara sendiri!

Tuesday, January 4, 2011

LANGKAH

LANGKAH
oleh Yusrika Bahar


Jika kucari ayat baru untuk beri gambaran

Tidak bisa kugali lagi

Yang tertulis itu termaktub

Bukan ketentuan aku

Namun ini rezekiku

Maka terus jadi habuanku


Bersila aku merenung langit malam

Moga harapan pada bintang jatuh disampaikan

Aku kira perlu selain doa

Kerana aku pasti DIA maha mengetahui segala-galanya

Bukankah usaha juga penentu segala

Walau dia yang memutuskan juga apa hendaknya


Masih lagi kurang dan cacat

Aku perlu cari dan susuri

Bukan menadah simpati mohon dihormati

Biar ada suara-suara bengkeng yang menganjing

Pertanyaan pada siapa yang memberiku makan

Kau bukan tuhan untuk menidakkan

Maka kau aku layan seperti manusia

Tapi jangan sampai kau kusampahkan

Bagai binatang kulemparkan hinaan


Sekarang.

Aku melangkah kehadapan

Tolehan ke belakang rujukan cuma

Agar pengalaman tidak ketinggalan

Jadi panduan untuk kesekian kalinya


Kanan mulanya.



p/s Selamat Tahun Baru 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

2.0.1.1
oleh Yusrika Bahar


Salam 1Belia 1Malaysia




Langkah baru bermula. Buku baru berganti. Lembaran pertama dibuka. Pertamanya syukur pada Allah kerana aku masih meneruskan asa dengan nafas dan kuasa dari-Nya. Mungkin pendek atau panjang lagi. Ucapan terima-kasihku pada kedua ibu-bapa Encik Bahar Bin Ambok Achok dan Puan Talha Bte Hj Supok yang masih memberi restu meneruskan kehidupan ini yang kukira sangat mencabar keimanan dan nafsuku. Seterusnya pada kedua adik-beradikku Cik Sofi Mariam dan Cik Andik Sofi Murni yang memahami. Juga saudara-mara yang tidak kunjung padam merindui dan mengiangatiku. Tiada balasan yang dapat kulampirkan melainkan doa-doa ikhlas moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Tahun Baru 2011 menjengah dan mula berkuasa. Aku masih lagi begini. Tidak kaya, tidak mewah dan masih sendiri. Klise lagi bukan. Namun itu hakikatnya buat sang pencinta dunia Seni Teater dan Puisi ini. Seni masih belum boleh buat kau kaya jika tidak pandai mengampu orang. Aku buat kerja jujur, aku buat kerja ikhlas. Balasan, penghargaan akan hanya jadi bebanan yang bertambah berat dan sukar ditanggung. Itu yang aku hadapi sekarang!

Tidak lupa pada Rakan-Rakan, Kawan-Kawan, Kenalan dan Sahabat-handai yang terus berada menyokong perjuanganku. Tidak akan dilupa pada Tikus-Tikus Makmal yang berkongsi Jiwa dan Rasa dalam menzahirkan karya-karyaku yang tak seberapa nilainya jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang lain yang lebih murni jiwanya, lebih telus dan lebih ber'akademik'. Aku hanya bandingan sebelah mata jika mahu dinilaikan dan diletakkan harga.

Harap langkah tahun baru ini lebih bermakna. Lebih terisi dan lebih ada pengisian. Juga moga ada rehat yang ampuh dan kesihatan yang baik. Aku doakan kepada sesiapa yang mengambil peperiksaan besar tahun ini SPM, PMR dan UPSR, moga berusaha mula sekarang kerana tiada lagi jalan belakang untuk kau toleh jika keciciran. Usaha tangga kejayaan (klise lagi bukan?)


SELAMAT TAHUN BARU 2011!