Monday, December 28, 2009
JANGAN HAMPAKAN AKU
oleh Yusrika Bahar
Menapak di lorong duniawi
Bagai mengharap madu asli syurga
Tiada bau
Cuma rasa nikmat yang tak terkata
Aku tidak mahu sesat di bumi tuhan ini
Aku tidak mahu hampa untuk keputusan akhir nanti
Lembaran baru berganti
Kidalku ini terusan menukil
Apa saja kata hati
Mematri senja merah
Meladeni senda pagi
Memerah keringat siang mentari
Membelai bayu malam
Namun kemana hati ini melempiaskan nafsunya?
Tahan..
Tahan...
Tahan...
Harap ada tabah buat semangat harung hidup
Tidak ada putus asa mahupun putus harap
Takdir tuhan bukan milik kita tentukan...
Siapa mahu borak temberang menafikan
Bermuka bebal bermulut celupar
Jangan hampakan aku...
SELAMAT TAHUN BARU 2010
Tingkat 12, Fasa 5&6
Presint 9B, PUTRAJAYA.
Tuesday, December 22, 2009
KELAS ASAS TEATER RAKAN MUDA
oleh Yusrika Bahar
Lokasi : Gym Rakyat, Aras 1, Menara KBS, Presint 4, PUTRAJAYA
Masa : Selasa & Rabu / Pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang
Sabtu / Pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tghari
Yuran : PERCUMA
Maklumat lanjut boleh hubungi
Pegawai Rakan Muda : Puan Anfanty Ann Rutel / 03-88713711
Pegawai Rakan Muda : Cik Zaida Bt Zakaria / 03-88713710
Yusrika Bin Bahar : 012-7052504
Wednesday, December 16, 2009
PINDAH
oleh Yusrika Bahar
Jalan-jalan kaki melangkah
Laluan berbelok dan simpang-siur
Ke mana haluan yang tak punya penghujung?
Terus menongkah tak berpengunjung
Bahu memikul beban tak tertanggung
Suara suci kedengaran
Bersulam anjakan kebencian
Mulut mengata betul salah sang pembikin dusta
Seolah tubuh punya kuasa
Lupa pencipta yang punya segala
Sampai bila harus telagah?
Sampai bila harus sendiri-sendiri
Manusia menilai manusia
Manusia menghukum manusia
Manusia membunuh manusia
Tidak sedar dunia bukan milik kita...
Salam Maal Hijrah 1430
Jalan Presint 4,
Putrajaya
Wednesday, December 9, 2009
KENTAL
oleh Yusrika Bahar
Salam 1 Malaysia
Mulanya aku dijanjikan harapan, persetujuan namun ada sengketa yang tidak berpenghujung. Salahnya dikatakan aku sebagai punca. Hati manusia, mampukah kurus juga? Tak semua punya kesediaan untuk berubah, menerima perubahan dan berkongsi pemikiran. Bila bertelagah cepat sungguh mengundur diri hingga lupa apa yang telah dimeterai bersama. Sudahnya sekali lagi aku yang nanar dan terpempan dengan apa yang telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi.
Mana aku yang punya asa. Mana aku yang punya minda. Semuanya Tuhan punya kuasa.
Sekian, Terima-Kasih
Thursday, December 3, 2009
1BELIA 1MALAYSIA
oleh Yusrika Bin Bahar
Oleh itu, renung-renungkan Selamat Beramal!
Sunday, November 15, 2009
ANJING MENYALAK BUKIT
oleh Yusrika Bahar
Gong gong...gung gung..
Dengung sayup kejauhan malam
Menyalak tanpa henti
Bulan terang menjengah
Cahaya suram menapak lantai tanah
Diharap hajat sampai ke hati
Apakan daya tersekat dikerongkong
Mengatalah para mulut yang bengkeng
Arusku benar..jurusku mantap
Sedang nafas menghitung dosa
Pada rakyat yang kelaparan ganjaran
Anjing itu menyalak lagi
Liar atau bertuan ada yang peduli?
Hanya tahu bertempik, merungut suruh diam
Sedangkan si Anjing tidak tahu menahu
Mahu keluar walau jengah takut...
Mahu baling batu sembunyi tangan
Mahu berak tapi tak mahu berbau
Mahu pangkat tapi suruh orang ampu
Sampai bila mahu menyalak...
Pagi mahu datang tapi belum penat
Teruskan usahamu wahai Anjing
Moga hajatmu tercapai
Walau mungkin kau kehabisan nafas
Nadi Putra Presint 4
Putrajaya
Sunday, November 1, 2009
KERAS
oleh Yusrika Bahar
Macam batu
Rasa kelat
Cis!
Beratnya bila rasa sengal
Aku tidak mahu tersedak
Aku tidak mahu terdesak
Terkesan dengan suasana
Aku belum bisa nampaknya mengawal
Mual
Lembik
Awan kejap kelabu kejap putih
Langit kejap mendung kejap cerah
Hawa entah apa-apa
Buat aku kejang
Buat aku keras
Kembalikan semangatku yang dulu
Kembalikan kejantananku yang dulu
Pulangkan...
Laman Santai
KBS, Putrajaya
Tuesday, October 20, 2009
KARYA AKU
oleh Yusrika Bahar
Karya skrip teater, Teater aku , kau , kita , kami ..... BEBAS.
Aduuui, ada atau tidak orang datang memberikan sokongan menyaksikan Karya pertamaku ini. Ada atau tidak yang berminat menontonnya. Mampu atau tidak para pelakon yang terdiri daripada ahli Produksi Tapak pelita merealisasikan lakonan ini.
Kini menghitung hari dan aku sakit dalam penantian. Gigil segala apa yang boleh digigilkan. Ada yang kata sabar tapi hati sendiri siapa yang mampu memahaminya dan menanggunggnya.
Oleh itu, para pembaca ruangan blogku, jikalau ada kelapangan datanglah ya. Aku nantikan kehadiran kalian dan juga sokongan kalian.
Produksi Tapak Pelita dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka
23 , 24 , 25 Oktober 2009
STOR Teater DBP, KL
8.30 Malam
Teater aku , kau , kita , kami ..... BEBAS
Masuk berdasarkan sumbangan (minimum RM10)
Maklumat lanjut sila ke http://produksitapakpelita.blogspot.com
Yusrika Bin Bahar : 012-7052504
Sekian, Terima-Kasih
p/s : Bersama menyokong industri teater karya tanahair.
Monday, October 12, 2009
APA JADI DENGAN AKU?
oleh Yusrika Bahar
Tekak perit...bagai berjuta tulang ikan tersekat di kerongkongku
Kepala berat...bagai ada batu besar menghempap
Mata berpinar...bagai tidak cukup udara bernafas
Sesaknya dadaku
Keringnya mulutku
Tubuhku susut bagai bangkai bernyawa
Kembalikan....tolonglah..
Aku mahu bernyawa
Aku mahu bersinar
Aku mahu berupaya
Tuhan terima-kasih kerana menyayangiku
Tuhan terima-kasih kerana mengingatiku
Tuhan terima-kasih kerana kesakitan ini
Aku mahu kesihatan...
Tolonglah
Tidak mahu terdampar di perbaringan
Tidak mahu gusar tidak boleh lelap
Tidak mahu gundah tidak boleh rehat...
Presint 18
Putrajaya
Sunday, September 27, 2009
KELIRU
oleh Yusrika Bahar
Nak kata aku bodoh ya juga
Terlebih pandai mungkin ada benarnya
Bijak...agaknya
Entah
Peluang depan mata aku tak hiraukan
Lenggoknya...
Senyumannya...
Manisnya...
Tutur katanya...
Langkahnya...
Godanya...
Manjanya...
Tawanya...
Aku suka
Aku bahagia menatapnya
Aku merindui hadirnya
Namun,
Aku tak mulakan langkah mendekatinya
Aku biarkan dia pergi
Aku biarkan dia melangkah
Aku biarkan dia berlari
Aku biarkan dia menongkah
Aku biarkan dia mencongak
Aku tinggalkan dia dalam keadaan aku keliru
Mana satu perlu kudahulukan
Keperluan atau keinginan
Masa menelan usia
Walau ia sekadar angka....
Raya ke-5
Syawal 1430
Benut, Pontian, Johor
Monday, September 21, 2009
LEBARAN INI
oleh Yusrika Bahar
Salam Lebaran Aidilfitri. Min Al-Aidil Wa Al-Faizin.
Bila tiba Syawal yang mulia ini akan kedengaranlah pelbagai ayat-ayat klise tentang itu ini begitu begini. Segala-galanya tentang RAYA. Sebagai umat Islam dan lebih-lebih lagi Melayu, tradisi samada bermula dengan juadah hidangan, berkunjungan, waima duit raya sekalipun sambutlah dan meriahkanlah.
Pada yang punya kampung halaman bersyukurlah kerana masih dapat melihat sambutannya. Aku masih kagum dengan suasana kampungku yang masih mengekalkan tradisi dan adat lebaran. Namun aku agak sedih dengan sesetengah manusia yang suka merungut dan bersungut tentang raya. Ada yang kata tidak seronok, bosan, tak tahu nak buat apa, penat dan sebagainya.
Bagi aku, alah bisa tegal biasa. Ini adalah musim perayaan. Seeloknya kita sambut dengan bangga walaupun bersederhana.
Kenapa bosan? Tak kenal saudara-mara, masing-masing punya kerenah yang tak masuk kepala. Rindu kawan-kawan dan aktiviti yang selalu dibuat bila dirumah. Dikota!
Kenapa penat? Melayan tetamu yang berkunjung, tapi mak bapak je yang layan sebab kita tak kenal.
Kenapa tak tahu nak buat apa? Sebab tak tahu nak menyediakan hidangan dan juadah. Semuanya tersedia.
Kenapa pening? Adat dan ideologi berbeza. Tak sebulu dan tak sekepala denga sepupu-sepapat. Lagi best di kota.
Aduhai!!!
Pelik sungguh dengan kenyataan yang diatas. Aku bukan apa, ada yang masih tidak faham dengan namanya adat dan budaya. Bila makin lapuk tahu pula risau. Maka dengan musim perayaan seperti ini, masanya untuk kita hidupkan kembali. Bukan selalu pun.
Bosan, sebab anda tidak mahu mulakan langkah mengenali saudara-mara. Carilah topik yang boleh dikongsi bersama. Bertukar-tukar fikiran. Manalah tahu. Rupa-rupanya pakcik yang tak ditegur itu orang bergelar, punya pangkat. Manalah tahu, sepupu yang manis itu seringkali terserempak dikota tapi tak dikenali. Manalah tahu, susah payah kemudian hari ada juga yang boleh diharap.
Penat, adatlah kita berhari-raya. Ringankan senyuman, hulurkan tangan. Bergotong-royong. Takkan ibu bapa kita sahaja yang berpenat lelah menyediakan keperluan. Sekurang-kurangnya pelbagai idea dan informasi dapat diketahui. Bertukar pandangan dan gaya kehidupan. Barulah tahu apa itu toleransi.
Tak tahu nak buat apa. Aduhai, cubalah rajin kedapur. Ambil tahu dengan keadaan. Nak memerap sahaja duduk dibilik. Duduk senyap-senyap dipenjuru rumah buat apa. Nak menonton tv sahaja pun buat apa. Bukan selalu begini.
Pening. Kerenah macam-macam. Ingat, masa kita kecil-kecil dahulu, sama sahaja. Jangan manjakan sangat diri tu. Nanti sampai bila kita akan jadi kera sumbang. Cari titik tengah yang boleh timbulkan keserasian. Persefahaman. Bukan nak cari musuh tapi kan elok bila persaudaraan itu terjalin erat. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Oleh itu, usah bersungut. Kalau bukan generasi kita ini yang menyambung tradisi siapa lagi? Takut satu hari nanti bila adat ini hilang, mulalah kita merindui. Sibuk mencari disana-sini. Lemang dan ketupat pun tak dikenali lagi. Nak mengayam apatah lagi. Rendang tok pula sibuk dicari resepi dan belajar melalui chef berbayar. Sedangkan dulu boleh belajar percuma dengan saudara-mara. Panjut dan pelita pun tak tahu rupa macamana. Barulah sibuk ke arkib negara buat kajian.
Jangan jadikan kemajuan dan teknologi menghalang perkembangan pemikiran kita melupakan tradisi yang umurnya berzaman. Warisan ini, kalau hilang kita juga yang akan malu dikemudian hari. Bangga bergelar Melayu dan Warganegara Malaysia tapi malu bila adat dan budaya sendiri pun tidak dapat difahami dan dihayati.
Aku bukan mengata, tapi sekali lagi ayatnya tetap sama : Tepuk Dada Tanya Selera!
Maaf Zahir Batin.
Yusrika Bahar
Anak Jati Bugis
Kampung Benut
Wednesday, September 16, 2009
LIDI SEBERKAS
oleh Yusrika Bahar
Ruang laman mana-mana
Hilangkan sampah laku
Buang yang jelek
Kasi bersih, kasi cantik, kasi terang.
Lidi seberkas mencakar tanah coklat
Dedaun gugur terbawa angin
Kiri kanan depan belakang
Bila ada bau mula hidung sakit
Mata kerling segenap ruang
Otak pusing pikir keliling
Siapa bangkit bingit
Baling batu sembunyi tangan
Mana berkat
Siapa muafakat
Batas padi berbunga lalang
Tiada runduk hidung tinggi
Rupanya beruk berak didada tangga
Ada rengekan minta ditetek
Namun kerja belum habis
Mana kemudian mana dulu
Jejak tetinggal dilorong
Angin menderu terik menyengat
Mendung berhujan batu
Nafas tak cukup tangan tak sempat
Mungkin pedoman bukan igauan
Sambung sapu walau geram...
Benut, Pontian
Friday, September 11, 2009
BEBAS
oleh Yusrika Bahar
Bagi aku perkataan PERPADUAN memang wujud, tapi perlaksanaannya masih perlahan. Melayu jumpa Cina jumpa India dan jumpa lain-lain pun terasa sangat pelik. Sesama rakyat Malaysia tapi cakap Bahasa Inggeris. Tak salah bagi aku, memang tak salah. Namun alangkah indahnya jikalau sama-sama berbahasa Melayu. Barulah nampak yang Bahasa Melayu itu Bahasa Kebangsaan. Perkara 152 tidak diremehkan. Orang luar pun akan terbit rasa bangga. Bukan mencebik bukan mengata.
Walaupun aku bukan berada di zaman itu, tapi perkara yang begitu mengesankan bagi aku adalah sewaktu Tunku Abdul Rahman mahu ke Kota London menuntut kemerdekaan. Tunku mengadakan perjumpaan dan menyatakan kesusahannya, sudahnya kain terbentang dan pelbagai kaum menderma dengan harta apa yang ada sahaja. Baik Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum. Duit, barang kemas, emas permata dan lain-lain. terhulur dan dihulur tanpa ragu-ragu dan sangsi demi sebuah KEMERDEKAAN. Sungguh terharu dan mengharukan setiap kali membacanya, melihat gambaran lukisan itu, mendengar ceritanya dan yang terbaru menonton filemnya. Itu Perpaduan bagi aku.
Sekarang. Susah dah nak jumpa. Kalau ya pun ada keramaian contohnya Sambutan Merdeka dan perarakan, persembahan setiap kaum dipersembahkan namun adakah mereka bertegur sapa? Saling menyokong dan berbual mesra? Aku yang banyak kali turut serta jarang menonton perlakuan begitu. Kalau bukan teman rapat, kalau bukan rakan sekuliah, kalau bukan teman sekerja, jangan harap.
Sampai bila masing-masing nak prejudis? Sampai bila nak berprasangka? Sampai bila nak paling muka? Sampai bila nak Kau Aku? Sampai bila nak dilaung perkataan 1 Malaysia dan Perpaduan? Sampai bila?
Tepuk dada, tanya selera.
p/s : Saksikan Teater Aku,Kau,Kita, Kami...BEBAS Oktober ini di Stor Teater DBP
Wednesday, September 9, 2009
Lebih Sudu Dari Kuah
oleh Yusrika Bahar
Kita buat baik jarang nak dilihat, mungkin sebab kita malas nak melawan..bukan dapat apa pun. Daripada sakit, baik duduk senyap-senyap buat hal sendiri. Bila dah penat melenting tahulah senyap nanti. Dah terhantuk baru nak terngadah nanti tahulah kita pulang paku buah keras. Betul tak?
p/s : Hek Eleh...buat-buat faham sudah.
Friday, September 4, 2009
AKU KAU KITA KAMI....BEBAS
CINTA TERAKHIR
Komposer : Hafiz Hamidon
Penyanyi : Aiman Sidek
Kau cinta pertamaku
Kau cinta terkahirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita
Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia
Mungkinkan terputus ditengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia
Mungkinkan terputus ditengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan
p/s : Hayatilah liriknya..
Monday, August 31, 2009
JANGAN BERSUARA
oleh Yusrika Bahar
Nak kata pasal MERDEKA
Semua orang mengatakannya
Aku cuma duduk tepi jalan laman rumah
Memerhati kanak-kanak bermain
Ada yang lari-lari sambil bawa bekas nak ke Masjid
Ambil bubur lambuk
Mereka tahu ke hari ini hari apa?
Masa depan mereka macamana?
Mereka tentukan atau ibu bapa yang tentukan?
Sebab tak mahu anak-anak mereka susah di kemudian hari
Aku nak berdiri tegak mendongak ke atas...
Melihat Jalur Gemilang yang masih melambai rakyat jelata...
Taat kepada Raja dan Negara
Sanggup menumpahkan darah dan keringat
Demi sebuah kebebasan tanpa penjajahan...
Tanpa kenal apa itu perkauman
Jalan lurus dan juga punya simpang
Tanda arah perlu untuk sebuah perjalanan singkat
Dunia pancaroba
Jangan bersuara jika tak mengerti
Penghayatan dan pemahaman memerlukan masa
Bertindak jika ada yang terasa
Salam MERDEKA ke-52
Benut,Pontian
6.35 petang
31 Ogos 2009
Sunday, August 23, 2009
TAPAK PELITA
DARI PENGASAS PRODUKSI TAPAK PELITA
oleh Azwan Effenddy Azmi
Pada 20/8/2009, Produksi “Tapak Pelita” telah memulakan sesi latihan dengan sesi pembacaan skrip yang mana melibatkan 11 orang ahli produksi iaitu Yusrika, Airene, Azhana, Ayie, Mira, Ameer, Suhaila, Haidi, Zeey, Sue dan Aku. Perjalanan sesi latihan yang berlangsung di Flora Damansara kali ini membuahkan hasil di mana pihak produksi telah berjaya dan bersedia untuk membuat persembahan pada bulan 10 tahun ini.
Maklum balas bagi penggemar-penggemar teater di serata Kuala Lumpur pula menyatakan hasrat yang positif di mana mereka akan turut serta memberikan semangat dan dorongan. Insyaallah… Mudah-mudahan kerja yang berlangsung ini akan memberikan kepuasan kepada tetamu yang hadir.
Jadi, nantikan saja persembahan dari Produksi “Tapak Pelita” yang bertemakan :
“Aku, Kau, Kita, Kami…Bebas”
Yang akan dipentaskan selama tiga hari berturut-turut, memuatkan kompilasi tiga teater pendek nukilan Yusrika bin Bahar iaitu :
“Cendol & Rojak”
“Sang Gajah & Sang Semut”
“Babak Akhir”
Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menyaksikan pementasan ini bolehlah hadir pada tarikh-tarikh yang berkenaan :
23 – 25 Oktober 2009 (Cadangan)
Jam 8.30 hingga 10.30 malam
Bertempat di Stor Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)
Hadirlah dan sama-samalah kita memeriahkan lagi majlis pada malam itu. Sebarang komen atau cadangan juga akan diterima. Insyaallah, sejurus selepas habis pementasan teater pada hari-hari yang berkenaan, Produksi “Tapak Pelita” akan membuka sesi soal jawab bersama para penonton. Semoga pementasan kali ini berjayalah hendaknya… Insyaallah…
P/s : Saudara Fendi, what can i do without you....
Kepada sesiapa yang ingin turut serta sila hubungi saya / Fendi / Ungubiru75.blogspot.com
Kepada ahli > yang sedia ada, jangan....
HANGAT-HANGAT TAHI AYAM!
BERCAKAP TAPI TIDAK TAHU APA YANG DIBICARAKAN!
Sunday, August 16, 2009
TEATER TAPAK PELITA
oleh Yusrika Bahar
Salam Sejahtera,
Pementasan berdasarkan karya dan keperluan berikut :
Karya 1 : Yusrika Bahar
Tajuk : Sang Gajah & Sang Semut
Genre : Absurd & Eksperimental
Watak : Sang Gajah, Sang Semut dan Tukang Kata
Keperluan : 3 orang
Durasi : 15 Minit
Karya 2 : Yusrika Bahar
Tajuk : Rojak & Cendol
Genre : Realism
Watak : Limah, Raju dan Boon
Keperluan : 3 orang
Durasi : 15 Minit
Karya 3 : Yusrika Bahar
Tajuk : Babak Akhir
Genre : Realism
Watak : Tan Sri Mukhlis, Puan Sri Maya, Adam, Hawa dan Awan
Keperluan : 5 orang
Durasi : 30 Minit
Setiap karya yang akan dipentaskan diatas adalah berdasarkan isu semasa dan diolah mengikut situasi dan keperluan masakini. Disebabkan ruang dan bajet yang terhad, pementasan ini akan banyak menampilkan emosi dan pengucapan dialog yang memerlukan penghayatan yang amat berat.
Sama-samalah kita menantikan yang terbaik dan kami juga mengharapkan yang terbaik walaupun serba kekurangan. Sokongan, doa dan pandangan daripada pihak kalian amat kami harapkan dan sanjungi. Moga kita bertemu nanti.
Sekian, Terima-Kasih
Saturday, August 15, 2009
IKLAN MERDEKA KE-52
oleh Yusrika Bahar
I
Ini ayah saya
Ibu saya
Abang dan saya
Ayah bawa kami kesini untuk bergambar bila ada sambutan yang besar
Baju baru yang kami pakai itu hanya untuk bergambar
Kami terpaksa mengikat perut dan berjimat
Supaya Ayah boleh membeli baju baru untuk kami semua
Walaupun hanya setahun sekali
II
Ayah berniaga cendol di waktu petang
Pagi pergi menoreh
Ibu surirumah dan membantu menyiapkan jualan
Cendol ini resipi turun temurun
Cendol Ayah sedap
Ayah berkayuh setiap hari untuk berniaga di pekan
Ayah sangat rajin dan tidak kisah berpenat
Kata Ayah Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari
Namun aku hairan, ada ketika aku ikut
Ayah memberi wang kepada seseorang yang bengis
Ayah hanya kata wang perlindungan
Kita sudah bebas tapi ada lagi kawasan jajahan
Aku tak suka tapi Ayah kata sabar
III
Satu hari Ayah buka mulut dan berjanji
Resipi sedap cendol ini akan Ayah ajar padaku
Saya gembira
Tapi gembira itu juga buat aku leka bermain dengan abang
Berkejar hingga ke dapur
Saya terpijak cendol jualan ayah
Habis semua tumpah
Saya takut dan hanya diam
Abang tampil mengaku
Ayah memukul Abang dan menghukum kami
Pulang kerumah hanya bila masuk tidur
Ilmu cendol itu pasti tidak diajar
IV
Saya ikut Abang keluar dan kami sama-sama termenung
Kassin, Leman dan Boon mengajak kami bermain sama
Kami makan tengahari di rumah Leman
Ibunya melayan kami dengan baik
Masakan Ibu Leman sedap
Malam ke rumah Kassim
Juga sedap dan menyelerakan
Akhirnya kami pulang dengan takut yang masih ada
Ayah hanya senyap,
Ibu menyuruh kami mandi dan tidur
V
Setiap kali lalu didapur, saya akan berhati-hati
Ibu akan membebel kerana tidak mahu perkara sama berulang
Saya akan memerhatikan ibu membuat cendol
Senyap-senyap saya catit didalam buku sekolah
Saya simpan dan sorok elok-elok
Tidak mahu sesiapa tahu
VI
Satu hari ayah pulang dengan muram
Ayah kata tidak mahu lagi menjual cendol
Tidak sanggup dan tidak untung
Ayah dapat kerja sebagai pembantu am rendah
Namun begitu hidup kami begitu juga
VII
Sejak itu ayah sangat pentingkan pelajaran dan bahasa kami
Siang berbahasa Melayu
Malam berbahasa Inggeris
Ayah kata bahasa ibunda sudah ada dalam diri
Begitu juga dengan adat, kepercayaan dan budaya kami
Bahasa Melayu itu Bahasa Kebangsaan
Bahasa Inggeris untuk maju kedepan
Dalam masa yang sama hak dan keharmonian sama-sama dijaga
Saya hanya diam kerana tidak faham dan keliru
Kenapa pula kami bersekolah dengan Boon?
VIII
Akhirnya saya mula faham satu persatu bila menginjak dewasa
Gambaran yang kabur makin jelas
Kini buku yang dulu saya simpan elok tidak lagi jadi rahsia
Ayah tidak marah tapi bangga kerana warisan itu tidak hilang
Saya juga bebas dan tiada takut dengan penjajah
Saya bangga punya ramai kawan
Kami
Berdiri pada jejak tanah yang sama
Menghirup pada nafas udara yang sama
Mencari rezeki nikmat tuhan bersama
Walau ada perbezaan kami selesa bersama
Kerana kami
1 Bangsa 1 Malaysia
Thursday, August 13, 2009
KERJA
oleh Yusrika Bahar
Aku bukan graduan yang tidak punya kemahiran atau tidak boleh berbahasa inggeris, namun rezeki itu belum lagi berpihak kepadaku. Aku masih mencari dan menanti. Bukan tidak menghantar resuma dan memohon ke mana-mana pihak samada majikan swasta atau kerajaan, semua itu sudah pun dilaksanakan dan masih lagi dilaksanakan. Wang simpanan juga habis semata-mata menaip surat, mengemaskini resume, mencetak segala dokumen yang diperlukan, membeli setem, membeli sampul surat, membayar bil internet dan juga pra-bayar telefon bimbit. Mesti ada juga yang senasib denganku. Malah tak kurang juga membelanjakan wang semata-mata menghadiri temuduga di dalam negeri mahpun ke ibu kota. Keputusannya, aku masih lagi menunggu.
Pengalaman di temuduga juga mencabar keimanan dan kesabaran. Manakan tidak pihak temuduga bertanyakan soalan yang adakalanya memang menduga kesabaran dan tidak masuk akal. Ku titipkan disini beberapa pengalaman ku ditemuduga. Ada yang didalam Bahasa Inggeris tetapi telah kuubahsuai dan kutukar ke Bahasa Melayu kita.
Bacalah dan nilailah aku, samada aku ini memilih kerja atau sebaliknya....
Penemuduga : P
Aku : A
Pengalaman 1
Syarikat Swasta / Kuala Lumpur
Jawatan : Admin Exec
P : Oh anda graduan UiTM dalam bidang BBA, komunikasi anda bagus dan interaksi anda bagus.
A : Terima-kasih
P : Nampaknya berdasarkan kemahiran ini, anda tidak layak untuk memegang jawatan ini, seharusnya anda memohon jawatan di bahagian Pemasaran dan Jualan.
A : Adakah jawatan itu ditawarkan?
P : Kami belum buka jawatan itu lagi dan kami akan maklumkan kepada anda sekiranya ada dan anda berminat.
A : Ya, saya berminat.
P : Jawatan ini akan berdasarkan basic yang rendah + komisyen yang tinggi + faedah yang tertentu.
A : Baiklah dan bagaimana jawatan yang ditemuduga sekarang?
P : Saya akan hantar ke Director / CEO dan kami akan berbincang samada anda layak ataupun tidak. Terima-kasih. Sekiranya anda tidak menerima sebarang jawapan dalam masa seminggu, ini bermakna anda gagal.
A : Sama-sama dan terima-kasih kerana menemuduga saya.
Keputusan : Aku gagal dan tidak dapat pekerjaan.
Pengalaman 2
Syarikat Swasta / Kuala Lumpur
Jawatan : Kontrak / Marketing Admin
P : Kenapa kami perlu mengambil anda bekerja?
A : Kerana saya mempunyai kriteria yang anda perlukan dan saya sanggup menerima apa sahaja bebanan tugasan yang diberikan.
P : Adakah anda mencari pekerjaan lain?
A : Buat masa sekarang ya kerana saya tidak pasti jawatan manakah yang akan saya perolehi.
P : Sekiranya anda mendapat jawatan secara tetap dan gaji yang diberikan juga memuaskan hati anda adakah anda akan bekerja disitu.
A : Ya saya akan bekerja disitu.
P : Jadi mengapa kami perlu mengambil anda bekerja sekiranya anda mencari pekerjaan tetap?
A : ( aku sudah menyumpah seranah dengan hebat didalam hati )
P : Gaji maksimum yang akan kami beri ialah RM1500 dan anda letakkan disini ialah RM1800. Sanggup dengan gaji yang sebegini?
A : Ya, asalkan saya perolehi pekerjaan.
P : Bagaimana sekiranya ada jawatan lain yang lebih tinggi selepas ini dan lebih bagus?
A : Secara jujur setiap orang akan mencari pekerjaan yang lebih selamat dan bagus, oleh itu saya tidak terkecuali.
P : Jadi, mengapa kami perlu mengambil anda bekerja?
A : ( Sekali lagi aku menyumpah seranah dengan hebatnya didalam hati )
P : Anda punya pengalaman kerja sebelum ini?
A : Ya, selama 3 tahun di sektor....
P : Kerja yang akan ditawarkan ini membuatkan anda akan berhubung dengan syarikat luar negara dan menjaga akaun mereka. Oleh itu kami menawarkan gaji ini kerana anda tidak mempunyai pengalaman bekerja dengan mana-mana syarikat luar negara dan menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya.
A : ( Whatever..dalam hati )
P : Sekiranya anda terpilih, kami akan hubungi anda secepat mungkin kerana kami amat memerlukan pekerja.
Keputusan : Aku tidak diterima bekerja. Gagal
Pengalaman 3
Syarikat Swasta / Kuala Lumpur / Johor
Jawatan : Saja-saja & Main-main
P : Anda pernah bekerja dimana-mana sebelum ini?
A : Tidak
P : Nampaknya SPM anda bagus, hmm SPM tahun 199.. dan sekarang 2009. Apa anda buat sebelum ini?
A : Saya buat kerja macam-macam dan ada juga berkebun dan membantu keluarga di kebun.
P : Hmm bagus, jadi anda sanggup buat apa sahaja kerja dan menerima arahan.
A : Ya Saya.
P : Saya akan hubungi anda nanti.
Keputusan : Gagal kerana kantoi aku ada KWSP dan pernah bekerja di Sektor Kerajaan dan mempunyai Diploma dan Degree. Entah mana dia tahu aku pun tak pasti...
**************************
Hmm banyak lagi pengalaman aku ditemuduga dan sebenarnya ada juga yang bagus cuma mungkin ada calon yang lebih layak. Bukan aku bersifat perkauman, namun setakat ini jika di pihak swasta aku belum pernah ditemuduga oleh orang melayu. Rata-rata Kaum Cina dan India yang menemuduga. Mereka Berbahasa Inggeris. Ada juga yang tanya samada aku boleh berbahasa Mandarin atau tidak. Tidak lupa yang bertanya bolehkah aku bekerja sekiranya aku seorang sahaja Melayu dan sebagainya. Ada juga yang tawarkan aku bekerja yang sama taraf dengan budak tak sekolah pun boleh buat kerja tu. Aku ok tapi gaji lak yang tak ok. Tak lepas pun nak bayar sewa rumah, hutang an sebagainya. Ada juga kerja dah ok, gaji dah ok tapi waktu bekerja pukul 3 pagi hingga 1 tengahari. Aduh, nak pergi kerja naik apa?
Oleh itu, adakah aku memilih kerja atau sebaliknya? Aku sanggup jadi kerani tiket ke pencuci lantai LRT ke atau pembuat teh atau budak pejabat. Namun yang dikhuatiri, sanggup kah mereka meletakkan aku di tempat sebegitu walaupun aku tidak kisah. Apakah makna aku belajar dan berhutang dengan keluarga dan PTPTN semata-mata aku mahu menggenggam segulung Ijazah dan menyarung jubah Konvokesyen yang boleh digantung diruang tamu rumah serta menjadi tontonan tetamu yang datang?
Sudahnya dan memang tak pernah putus, setiap kali aku lepas solat setiap kali tu juga aku tadah tangan minta pintu rezeki tu buka luas-luas untuk aku.
Aku tidak memilih pekerjaan!!!
Benut, Pontian
Johor Darul Takzim
Wednesday, August 12, 2009
APA MASALAH KAU?
oleh Yusrika Bahar
Entah mengapa aku lihat orang itu duduk menung
Pasal apa ya?
Keseorangan dengan wajah gelisah dan cengkung
Menongkat dagu sambil mendongak ke langit
Hujan nak turun?
Terik mentari panas?
Kenapa dia menangkap mataku?
Apa istimewanya?
Lalu kutanya pada dia..
Apa masalah kau?
Dia toleh dan senyum
Aku tambah hairan sebab dia tidak cakap apa-apa
Aku tanya sekali lagi...kuat sedikit
Apa masalah kau?
Dia kerut muka...dia jawab
"Aku tak suka jadi manusia
Manusia pun macam binatang
Manusia boleh makan manusia
Perangai lagi buruk rupanya
Binatang lepas beranak pandai jaga anak
Malah ayam pun berketuk kuat kalau kacau sarang dia
Tapi manusia, pandai buat anak
Lagi hebat daripada binatang...boleh buang sepah-sepah"
Aku terkedu...
Habis kau nak jadi apa kalau bukan manusia?
Entah yang penting bukan binatang dan bukan manusia
Aku tinggalkan dia
Benar juga apa yang dia kata
Aku bersyukur sebab aku bukan binatang...
Stor DBP
Kuala Lumpur
Sunday, August 9, 2009
TEATER ANUGERAH MERDEKA DBP 2009
DBP 2009
oleh Yusrika Bahar
KARYA 1
Sang Gajah & Sang Semut
Arahan & Skrip oleh Yusrika Bahar
Sang Gajah & Sang Semut adalah kisah kepimpinan politik yang disampaikan secara sinis dan bersahaja. Stigma pemikiran kepimpinan, yang besar memang layak jadi pemimpin dan yang kecil harus jadi pengikut sahaja. Sang Semut yang merasa kepincangan ini, berusaha menjejaki Sang Gajah kerana pemikiran lapuk Besar itu Bapak, Kecil itu Anak harus dimerdekakan. Sang Gajah dan Sang Semut bertengkar kerana Sang Semut mahukan keadilan dan kebebasan yang sewajarnya dan Sang Gajah tetap angkuh dan sombong dengan jawatannya hingga lupa yang kuasa memilih juga berada di tangan warga hutan yang lain. Akhirnya siapa yang tertewas dan ditewaskan? Mampukah Sang Semut menjadi Sang Gajah? Adakah Sang Gajah tahu apa itu demokrasi dan diplomasi?
KARYA 2
Rojak & Cendol
Arahan & Skrip oleh Yusrika Bahar
3 Sahabat bertemu. Raju dan Limah mengusahakan restoran dengan menggunakan Rojak dan Cendol sebagai menu utama. Boon adalah rakan dan juga kenalan sejak kecil membantu mengkomersilkan produk cendol. Tiga sahabat ini terkenang zaman kanak-kanak mereka, cendol yang diusahakan bapa Raju menjadi titik-tolak persahabatan mereka terjalin. Perbezaan budaya, agama dan bangsa tidak menjadi masalah bagi mereka kerana keharmonian dan perpaduan menjadi keutamaan mereka.
Jadi para pembaca blog ini, bagaimana? Silalah hadir (jika karya ini diputuskan untuk dipentaskan) ke Stor DBP pada 17-19hb Ogos ini kerana bukan karya ini sahaja, tetapi anda akan dihidangkan dengan pelbagai lagi genre dan karya teater dari penggiat teater tanahair. Datanglah dan sokonglah kami. Karya aku ini akan diarahkan oleh aku sendiri dan dilakonkan oleh ahli Kelab Produksi Tapak Pelita.
Aku tidak mengharapkan kesempurnaan tapi mengharapkan mesej dan maksud yang tersurat dan tersirat jelas dan dapat disampaikan. Segala komentar dan pandangan juga amat kuharapkan dalam memantapkan lagi perjalanan kelab dan penulisanku. Bagi mereka yang ingin menyertai Kelab Produksi Tapak Pelita, anda amat dialu-alukan.
Semoga berjumpa lagi.
Sekian, Terima Kasih.
Wednesday, July 22, 2009
Alahai Bahasa...
oleh Yusrika Bahar
Kaum-kaum lain pula hilangkan prejudis terhadap perkauman. Kita 1 Bangsa 1 Malaysia. Jadi bila 1 Malaysia maknanya kita bangga dengan sejarah dan perlembagaan kita. Adat budaya kita, tatasusila kita dan juga BAHASA KEBANGSAAN kita. BAHASA MELAYU!!!
Jangan jadikan PPSMI ini isu yang nak menangkan satu pihak dan satu pihak lagi kalah tak bermaruah. Aku tak nak dengar nanti yang semua ni jadi isu berbangkit atau isu "Gajah Putih" dan agenda politik kotor samada di pihak pembangkang atau kerajaan. Aku tak menuduh tapi kalau fikir benar dan rasional mesti ada bukan.
Kepada kalian yang membaca blog ini? Faham maksud aku kan? Aku alu-alukan komen anda jika ada benar atau salahnya entri kali ini.
Sekian Terima Kasih
p/s : Kelakar juga bila sesama Melayu tapi cakap "Omputih"...
Wednesday, July 15, 2009
KENANGAN INDAH
oleh Yusrika Bahar
Walau semuanya baru bermula
Walau sekejap masa ketemu
Namun ada mesra yang terzahir
Namun ada senyum yang terukir
Ada rindu yang terkenang
Masa berlalu pantas
Hati jadi sendu kerana mana bisa berulang
Satu hari kan ketemu lagi
Dengan rasa yang berbeza
Dengan nada kata yang berbeza
Aku tunggu
Aku harap
Aku nanti...
DIA penentunya
Cuci The Musical
Coming Soon November : Istana Budaya
Wednesday, July 8, 2009
PERJUMPAAN pelitAmatur
oleh Yusrika Bahar
Pertubuhan Pelitamatur Selangor & Kuala Lumpur
(produksi teater).
SILA BACA BLOG UNTUK MEMAHAMI KEHENDAK YANG SEBENARNYA
yusrikabinbahar.blogspot.com
azwaneffanddy.blogspot.com
Perjumpaan
Tarikh : 11hb Julai 2009
Waktu : 2pm - 5pm
Bertempat : Dataran merdeka
Sila hubungi :
Fendy 017-7474758 / Yusrika 012-7052504
Email :
yusrikabinbahar@yahoo.com
rexinz_fend@yahoo.com
Sunday, July 5, 2009
NILAI KITA
Salam Sejahtera sekelian umat manusia.
Betul tak?
Bollywood pada pandangan aku sebenarnya adalah harapan dan angan-angan disana untuk menunjukkan betapa harmoni dan warna-warninya kehidupan mereka. Tarian dan lagu membuatkan kita asyik tanpa sedar ada keruh disebaliknya. Bila Slumdog Millionaire memasuki pawagam, maka segala cacat cela pun kelihatanlah dan aku tertanya dimana keindahan filem Bollywood yang sebelumnya jika itu realiti sebenar. Tak perlu ku ulas lagi sebab tentunya kalian faham antara mimpi, impian, harapan, anganan dan realiti.
Namun ada positifnya, lihat saja filem mereka, walau arus kemodenan itu melanda dengan hebatnya, kita masih boleh lihat betapa ayunya heroin memakai sari yang pelbagai bentuk dan jenis. Irama lagu-lagu yang didendangkan tetap ada unsur kenegaraannya. Bagi aku tidak menonton melalui mata pun, jika telinga ini mendengar pasti dapat ku teka yang itu filem India atau Bollywood. Namun nilai kita? Tak mungkin kita melihat pelakon Malaysia memakai baju kurung, kebaya, kebarung dan baju melayu sepanjang masa atau mungkin sekali-sekala. Hanya kita lihat bila pelakon itu membawakan watak yang berusia, atau mungkin golongan atasan, barulah nampak sedikit kias-kias baju melayu atau baju kurung itu. Takpun bila adegan di kampung barulah kita lihat. Itupun tak penuh.
Hmmm, aku salahkah? Atau terlalu terbuka dengan konsep berfikiran terbuka?
Maka nilainya itu juga hampir sama dengan politik kita yang masih huru-hara. Di media cetak menyatakan kita harmoni dan stabil, namun ada juga isu kemanusiaan yang dilaporkan. Di TV dan berita juga tidak kurang rancaknya melaporkan pelbagai perbalahan, pergolakan dan juga isu harian yang adakalanya meletihkan. Belum dicampur lagi gosip yang dihebahkan melalui mulut ke mulut serta sms atau mms yang berbaur pelbagai kategori yang bisa memberikan impak berlainan. Mana nilai kita? Mana jatidirinya jika saling menuding jari.
Mana bangganya dengan harapan dan visi haluan yang tebaru 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan?
Aku bukannya penentang kerajaan atau filem kita. Namun tiba masanya kita dikenali kerana nilai Malaysia bukan nilai yang meletihkan dan jauh kebelakang. Keterbukaan itu perlu tapi jangan sampai mengundang rawan yang berbulu. Mahu kedepan tapi yang digendong tidak mahu terlepas dan dijunjung ketinggalan. Fikirkanlah wahai yang membaca.
Maaf, Sekian Terima-kasih.
Monday, June 29, 2009
PRODUKSI BARU
oleh Yusrika Bahar
Projek Penubuhan
Persatuan Pelitamatur Selangor & Kuala Lumpur (produksi teater).
Perjumpaan (cadangan)
3hb Julai 2009
8.00 pm
Petronas Ampang Jaya
(berhadapan dengan ISKL)
Sila hubungi Fendi 017-7474758 / Yusrika 012-7052504
p/s Anda boleh membawa rakan-rakan anda yang berminat.
Friday, June 26, 2009
PREVIEW TEATER MONOLOG D
oleh Yusrika Bahar
Sidang Akhbar Festival Teater KL 2009
Inilah D yang diperkatakan selama ini. D beraksi di Taman Budaya sewaktu pelancaran Festival Teater Gerak & Rasa Kuala Lumpur selama kurang lebih dua minit sahaja pada hari Selasa, 23hb Jun 2009. Persembahan penuh pada 1 Ogos di lokasi yangs sama! Datang beramai-ramai. Tempat terhad. Masuk percuma, tak perlu tiket.
Friday, June 19, 2009
BUKAN ORANG KITA
( Bukan Orang Kita )
oleh Yusrika Bahar
Dia sedang bekerja
Sisa yang ditinggalkan
Kotor yang melekat
Namanya sampah
Dia bersihkan
Sanggup dia kemari
Bahasa asing
Warga asing
Rupa asing
Tapi jumpa juga senegara
Aku tak mengata
Tidak juga teruja
Namun mana orang kita?
Sedang berdiri menunggu barisan
Pulang atau pergi?
Dia tekun bekerja
Untuk siapa?
Aku sendiri bukan gudang jawapannya
Apakata aku jadi dia
Tak mengapa walau ada segulung ijazah
Bukan jatuhpun maruah
Takkan hilang air muka
Cuma akan ada yang kurang senang
Apa salahnya?
Peduli apa
Dia yang sedang bekerja mungkin punya nasib serupa.
Sekarang aku lihat dia
Tiada daya buat apa-apa
Sebab aku juga dalam barisan
Menunggu dengan impian beragenda
Stesen LRT
Bandar Tasik Selatan
PAK TUA
oleh Yusrika Bahar
Rancaknya Pak tua cerita
Menyembur air liurnya
Nampak rompong gusi tanpa gigi
Semangat benar nadanya
Tak tersemput nafas
Tangannya menggawang atas bawah kiri kanan
Betapa naskahnya ada benar untuk dipercaya
Hingga terjangkau telinga beberapa ela
Tidak penat pula
Juga tidak lelah
Terus-terusan dengan keletahnya
Ada juga sampuk sekali-sekala
Selit isi, fakta, hatta komentar
Pegangan ceritanya tetap tak goyah
Ralit pukul canang
Walau masa beriring menginjak usia
Ceritalah lagi
Biar si muda tak lupa
Sejarah bina Negara Merdeka
Warung Kopi
Kampung Baru, KL
PERJALANANKU
oleh Yusrika Bahar
Assalamualaikum,
PERJALANANKU
oleh Yusrika Bahar
Perjalananku
Tercipta mencari halatuju
Biar gelap
Biar suram
Namun sinar pastikan datang
Cahaya jalanku
Kulalui segalanya
Seadanya manusia biasa
Cabaran
Halangan
Cekal takkan mengalah
DIA kan ada
c/o
Walau ombak menggila
Walau mendung berarak
Jika takdirNYA
Jika tentuNYA
Terima hati terbuka
Usah gentar kehadapan
Bukan mudah impian nyata
Cekal meredah takkan mengalah
DIA pastikan ada
Petunjuk hikmah
b/g
Tunjuk Hikmah
Hati terbuka
Jangan mengalah
Dek kerana terkesan dengan apa yang berlaku padaku, sekitaranku, impianku, harapanku, usahaku dan angananku akhirnya tercipta sebuah lagu yang kukarang. Hanya Farah yang telah mendengar dayunya.
Harap selepas ini ada kelangsungan untuk sebuah kesejahteraan. Terima kasih pada kalian yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan serta tidak membunuh minatku ini. Kita punya Asa namun Tuhan punya Kuasa.
p/s 23hb Jun 2009 Sidang Akhbar di Taman Budaya Kuala Lumpur untuk Festival Teater Kuala Lumpur 2009. Jam 2.00 petang. Pada yang sudi hadir. Saksikan preview 1 minit Monolog D.
Tuesday, June 16, 2009
Teater Monolog D
oleh Yusrika Bahar
Karya Asal : Yusrika Bahar
Skrip : Yusrika Bahar & Shahriza Mahmud
Skrip Monolog D : Shahriza Mahmud
Lakonan : Shahriza Mahmud
Doakan kejayaan D!
PELITA AMATUR
Proses Teater merupakan sebuah proses organisasi (bentuk kerja kolektif; dimana segala macam orang dengan segala macam fungsinya tergabung dalam suatu koordinasi yang rapih,dan juga mencakup juga pengertian sampai batas-batas yang sentimentil), seperti hal nya diri manusia itu sendiri, atau layaknya seperti sebuah negara. Keberhasilan suatu pertunjukan Teater dapat juga sebagai keberhasilan suatu seni organisasi; baik organisasi penyelenggaraannya (Panitia Produksi) maupun segi seni-seninya (Penyutradaraan, Penataan set, Permainan, Musik dan unsur-unsur lain).
Berikut ini contoh Elemen dari sebuah Group Teater dalam mengadakan sebuah Produksi.
- Ketua Produksi
- Setiausaha Produksi
- Bendahari Produksi
- Urusan Dokumentasi
- Urusan Publisiti
- Urusan Penajaan
- Urusan Kebajikan / Latihan
- Urusan Teknikal / Lojistik
- Sutradara
- Art Director / Pimpinan Artistik
- Stage Manager
- Property Master
- Penata Cahaya
- Penata Kostum
- Penata setting
- Perias / Make Uper
- Penata Cahaya
- Penata Musik
Oleh yang demikian berdasarkan fakta diatas PelitAmatuR memerlukan ahli yang sanggup sama-sama menaikkannya dan menghidupkannya
Niat aku dan Fendi :
1. Siapa kata teater untuk orang-orang elitis?
2. Tak semestinya tak punya pengetahuan dalam teater (formal) tidak boleh berteater.
3. Kalau kita komited dan 'passion' yang mendalam, semuanya InsyaAllah boleh.
4. Selama ini kita jadi penonton, kenapa tidak kita pula ditonton.
5. Bukan nak bangga tapi nak belajar.
6. Bila lagi nak mula kalau bukan sekarang?
7. Sama-sama hidupkan teater di Malaysia walaupun kita lebih bawah dari amatur.
Monday, June 15, 2009
pelitAmatur
(Pelita Amatur)
oleh Yusrika Bahar
Mungkin ada yang pelik dengan tajuk di atas. Sebenarnya sepanjang dua minggu ini jadual aku agak sibuk walau tak ke sana-sini. Cuma berkejar dengan masa. Minggu pertama aku sibuk dengan "Actors Workshop" untuk Teater Cuci The Musical. Minggu kedua perbincangan dan proses menyiapkan skrip Drama 13 episod untuk RTM (aku tulis 3 episod sahaja). Apa tajuknya dan produksi mana, Rahsia. Sudah jelas nanti aku bagitahu. Aku juga ke ASWARA, berjumpa dengan kawan baikku yang baru pulang dari Bandung, Farah Idayu. Serta kenalan baru dan lama antaranya Fared, Merul, Natalia, Ezlyn, Yusman, Bob dan Shamimi (sebenarnya ramai lagi). Juga menyiapkan kertas kerja untuk Kelas Teater Belia 4B Shah Alam (sudah lulus tinggal jalan saja). Tiba-tiba ada pula kawan minta sinopisis drama bersiri kerana katanya ada kawannya yang sudi jadi financier (sudah email sinopisis cuma tunggu). Semuanya aku buat dengan gigih sehingga 3 hari tidak tidur sebab otak jalan saja. Sibuk memang sibuk cuma hasilnya belum lagi jelas dan nampak.
Aku harap doa kalian serta Allah memakbulkan segalanya. Mudah-mudahan rezeki berpihak padaku.
Cabaran? Aku tiada 'Laptop' untuk menaip. Nasib baik ada kawan yang bernama Fendi tinggal di Ampang sudi bagi pinjam laptopnya, serta menumpang sementara untuk aku siapkan skrip aku itu. Terima-kasih Fendi. Jasamu akan ku ingat sampai mati!
Baiklah PelitAmatur pula. Sedang aku berbual dengan Fendi (seorang penggemar dan aktivis teater). Rupa-rupanya dia punya harapan dan cita-cita hampir sama dengan aku. Dia mahu wujudkan 1 Pasukan Produksi Teater. Produksi yang dianggotai oleh mereka yang amatur, atau tiada pengetahuan secara formal dalam bidang teater tapi punya minat serta komitmen terhadapnya. Sama-sama jalankan produksi ini, sama-sama bangunkan, sama-sama cari penaja dan sama-sama melalui proses dan cabarannya. Cuma masalahnya siapa yang mahu turut serta? Aku dan Fendi sudah ada beberapa rakan yang mahu turut serta, cuma kami kekurangan lagi ahli. Lebih-lebih lagi dari sudut teknikal dan sinografer. Kami sasarkan sebelum hujung tahun akan ada 1 pementasan kecil di Stor DBP. Sebab itu kami namakan kumpulan atau Produksi ini Pelita Amatur atau PelitAmatur. Bak kata pepatah inggeris : From Zero to Hero, From Nothing to Something.
Jadi kepada rakan-rakan yang membaca blog ini. Sekiranya anda berminat dan mahu turut serta bersusah-payah membina Produksi ini. Beri sahaja maklumat dan pandangan kalian disini. Bila sudah ada ahli, kita sama-sama cari tarikh yang sesuai dan adakan perjumpaan.
Aku amat menghargainya jika ada yang punya minat dan komitmen.
Sekian, Terima-Kasih
Yusrika Bahar
yusrikabinbahar@yahoo.com
012-7052504
Wednesday, June 10, 2009
HATIKU DIMANA?
oleh Yusrika Bahar
Bila malam bertambah malam
Yang indah suram
Diharap mengharap berharap
Kelam
Rembulan malap dan karam
Seperti yang kujangka terjadi..
Mana noktahnya pada satu titik
Punca pangkal berpenghujung
Aku?
Tiada warna
Kurang rasa
Hilang asa
Jikalau tiang bisa kukuh
Adakah sendi utuh runtuh
Jawapan kembali ke persoalan
11.00pm
Nyai Dasima-PeTA 2009
ASWARA
p/s : Jangan ditanya tentang luka yang parah
Tuesday, June 2, 2009
Canggung atau Jakun
oleh Yusrika Bahar
Berada ditengah kota lumpur aku berdiri
Panorama ini realiti yang mengejar duniawi dan bukan
Entah aku nanar sekejap
Ada impian yang aku kejar
Semangat yang kujangka belum mahu pudar
1 hari nanti moga makbul untuk bersyukur
3.15 pm
ISKL, Ampang Jaya
Saturday, May 30, 2009
MONOLOG "D"
oleh Yusrika Bahar
Kenapa pandang aku begitu?
Besar sangatkah salah aku?
Macam anjing yang kau jijik untuk toleh dua kali.
Ya, aku ratah jiwa
Tapi kalian dustakan hati aku
Termasuk kau setan!
Tak pernah ada orang kata...
Aku cantik
Aku comel
Aku lucu
Aku disayangi
Semua itu bagai menelan bara api
Tikam diri sendiri
Haram...
Terpulang!
Sebab kalian ada yang pandang aku macam babi.
Jadi jangan salahkan aku
Kalian buta selamanya lihat dunia
Sial!!!
p/s :
Teater Monolog D akan dipentaskan.
1 Ogos 2009, 8.00 malam, Taman Budaya KL
sempena Festival Teater Kuala Lumpur
Karya Asal Yusrika Bahar
Olahan & Skrip Shahriza Mahmud
Lakonan Shahriza Mahmud
Teater D sepenuhnya akan dipentaskan pada Penghujung 2009 atau awal 2010
Lokasi akan diberitahu kelak.
Doakan agar usaha ini termakbul.
Friday, May 29, 2009
PERKAUMAN 1 PREJUDIS
oleh Yusrika Bahar
Aku rasa tiada satu pun penyataan yang mengatakan Melayu hanya dengan Melayu kerana keMelayuannya.
Aku rasa tiada satu pun penyataan yang mengatakan Cina hanya dengan Cina kerana keCinaannya.
Aku rasa tiada satu pun penyataan yang mengatakan India hanya dengan India kerana keIndiaannya.
13hb Mei mengajar segala-galanya tapi kenapa belum ada yang tersedar dengan mimpi ngeri yang nyata itu? Masih mahu lena dan terbuai dengan propaganda goblok dan bobrok, tanpa sedar kita menjadi bahan mainan sang Algojo yang menanti masa melihat kita rebah akibat kebodohan sendiri. Mereka ketawa dan menginjak dengan wenangnya dan kita? Apa jadi? Menjadi balaci yang menonton pentas sandiwara sendiri di laman sendiri.
Pelik bukan?
Apa salahnya kita bergaul mesra?
Tidak elokkah perpaduan?
Tidak rasikah kalau tidak wujud perkataan perkauman dan perbezaan?
Sedih?
Ya agak sedih.
Malu?
Ada benarnya juga.
Namun semuanya boleh jadi aman jika kita buang pemikiran dan ideologi bodoh dan karut itu. Wujudkan ketamadunan yang tiada perasaan perkauman. Maka semuanya akan bangga dengan jatidiri yang punya keharmonian bersama.
Bagaikan rojak yang punya pelbagai isi, rencah dan rasa. Namun semuanya bisa disuap, dikunyah dan ditelan dengan nikmat yang tidak terkata.
1 Bangsa 1 Malaysia.
p/s : Jangan jadi seperti tanah kuburan Gettysburg yang bercat MERAH padangnya.
Thursday, May 28, 2009
HARI GRADUASI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
UiTM Malaysia
oleh Yusrika Bahar
Dewan Seri Budiman
8.00 am - 12.00pm
Sidang Kedua
Yusrika Bin Bahar
BBA (Hons) Marketing
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian
Pengurusan & Pentadbiran Pemasaran
2nd Class Upper
Top 5 UiTM Johor 2008
Aku senang dengan suasananya
Aku senang dengan aturannya
Aku senang dengan gemuruhnya
Aku senang dengan istiadatnya
Aku senang dengan alunan gamelannya
Aku senang dengan perarakannya
Aku senang dengan jubahnya
Aku senang dengan laungan kata-kata keramatnya
Aku pasti rindu dengan ungkapan keramat para ilmuan
Aku pasti rindu dengan riuh gembira graduan
Aku pasti rindu dengan wajah bangga keluarga
Aku pasti rindu dengan sesak yang bagi aku mendamaikan
Bilakah akan ku ulanginya semula....
Aku rindu...
p/s : Selamat Bergraduasi pada teman-teman.
Kalian yang ingin merasainya juga, belajarlah bersungguh-sungguh.
Tuesday, May 26, 2009
DEDIKASI PADA BINTANG JATUH
oleh Yusrika Bahar
Kehadapan bintang jatuh
Hidupkan segala impianku
Kerana ku tahu takdirNYA tentu
Cuma aku
Nyata aku
Belum tahu
Kehadapan bintang jatuh
Bawa segala impianku
Pasti takdir untukku tentu
Cuma aku
Nyata aku
Belum tahu
p/s Tarikh masa tu lapang tapi ada halangan kewangan...sedih!
TERUSKAN LANGKAH
oleh Yusrika Bahar
Aku hormati mereka yang berpendirian
Tahu apa yang diperjuangkan
Tidak mudah patah semangat
Walau ada yang cuba melentur asa
Tetap melangkah segak tapi tidak alpa
Ketahuan dengan ketentuan
Berpaksi jatidiri
Biarkan sahaja sesiapa yang mencongak kata laknat
Namun harus diingat pada sang pencipta
Kerana yang tercorak pasti bukan untuk tatapan murka
Buktikan sahaja pada yang celupar
Agar diam tidak lagi mendabik dada
Menunduk kerana menjadi lalang
Runduknya padi berisi
Bersulam kejap harga diri
Penanda ada sendawa murni yang akan keluar
Hati yang tiada lagi luka
Teruskan langkah jangan berhenti
Nikmatnya hanya kau yang rasai nanti
6.15pm
Wisma MAINS, Sek 2,
Shah Alam
Sunday, May 24, 2009
SUKA MAJU
oleh Yusrika Bahar
Kau suka pada kemajuan?
Suka!
Kenapa kau suka?
Sebab berbeza dengan waktu dulu
Apa yang beza?
Macam-macam ada
Ooo, jadi sekarang kita maju?
Ya, memang maju
Kau suka?
Suka!
Kau suka pada dadah?
Tidak, itu musuh negara.
Kau suka pesta cucuk langit?
Tidak, mereka minum lupa dunia.
Kau suka perempuan telanjang?
Tidak, macam kedai kain dah bankrap.
Kau suka mat rempit?
Tidak, bikin bising tak sayang nyawa.
Kau suka Parti D dan Parti G?
Tidak, pemimpin yang tidak terpimpin pimpin negara.
Kau suka peminta sedekah?
Tidak, sebab ada yang miskin buat-buat.
Kau suka warga asing?
Tidak, duit kita keluar begitu sahaja.
Kau suka jalanraya?
Tidak, beli kereta minyak naik.
Kau suka sekolah?
Tidak, belajar ilmu tapi masih kurang ajar
Bukan yang tadi itu kemajuan?
Kenapa tidak suka pula?
Itu ulang-tayang soalan dulu-kala
Kau silap!
Apa yang silap?
Itu yang terkini.
Benarkah?
Ya, memang benar.
Itulah hasil kemajuan.
Kau masih suka?
Suka!
Kenapa suka?
Mesti ada yang masih pandai guna otak
Tahu urus tadbir diri
Kenal nilai-nilai murni
Sayang nyawa cintakan negara
Tak kurang ajar tapi terpelajar
Boleh usaha kerja cari wang
Maju untuk terus kedepan
Bukan terus jadi otak udang
Kau tanya, kau suka atau tidak?
Suka juga
Kenapa suka?
Itu putaran roda kehidupan
Sebab kita orang bukan binatang!
10.15 am
UiTM Shah Alam, Selangor
p/s : sedang dengar raptai konvokesyen, aku suka!
Wednesday, May 20, 2009
CENDOL
oleh Yusrika Bahar
CENDOL
oleh Yusrika Bahar
SINOPISIS
pergerakan babak hanya menggunakan suara narrator si bongsu.
I
Ini ayah saya
Ibu saya
Abang dan saya
Ayah bawa kami kesini untuk bergambar bila ada sambutan yang besar
Baju baru yang kami pakai itu hanya untuk bergambar
Kami terpaksa mengikat perut dan berjimat
Supaya Ayah boleh membeli baju baru untuk kami semua
Walaupun hanya setahun sekali
II
Ayah berniaga cendol di waktu petang
Pagi pergi menoreh
Ibu surirumah dan membantu menyiapkan jualan
Cendol ini resipi turun temurun
Cendol Ayah sedap
Ayah berkayuh setiap hari untuk berniaga di pekan
Ayah sangat rajin dan tidak kisah berpenat
Kata Ayah Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari
Namun aku hairan, ada ketika aku ikut
Ayah memberi wang kepada seseorang yang bengis
Ayah hanya kata wang perlindungan
Kita sudah bebas tapi ada lagi kawasan jajahan
Aku tak suka tapi Ayah kata sabar
III
Satu hari Ayah buka mulut dan berjanji
Resipi sedap cendol ini akan Ayah ajar padaku
Saya gembira
Tapi gembira itu juga buat aku leka bermain dengan abang
Berkejar hingga ke dapur
Saya terpijak cendol jualan ayah
Habis semua tumpah
Saya takut dan hanya diam
Abang tampil mengaku
Ayah memukul Abang dan menghukum kami
Pulang kerumah hanya bila masuk tidur
Ilmu cendol itu pasti tidak diajar
IV
Saya ikut Abang keluar dan kami sama-sama termenung
Kassin, Leman dan Boon mengajak kami bermain sama
Kami makan tengahari di rumah Leman
Ibunya melayan kami dengan baik
Masakan Ibu Leman sedap
Malam ke rumah Kassim
Juga sedap dan menyelerakan
Akhirnya kami pulang dengan takut yang masih ada
Ayah hanya senyap,
Ibu menyuruh kami mandi dan tidur
V
Setiap kali lalu didapur, saya akan berhati-hati
Ibu akan membebel kerana tidak mahu perkara sama berulang
Saya akan memerhatikan ibu membuat cendol
Senyap-senyap saya catit didalam buku sekolah
Saya simpan dan sorok elok-elok
Tidak mahu sesiapa tahu
VI
Satu hari ayah pulang dengan muram
Ayah kata tidak mahu lagi menjual cendol
Tidak sanggup dan tidak untung
Ayah dapat kerja sebagai pembantu am rendah
Namun begitu hidup kami begitu juga
VII
Sejak itu ayah sangat pentingkan pelajaran dan bahasa kami
Siang berbahasa Melayu
Malam berbahasa Inggeris
Ayah kata bahasa ibunda sudah ada dalam diri
Begitu juga dengan adat, kepercayaan dan budaya kami
Bahasa Melayu itu Bahasa Kebangsaan
Bahasa Inggeris untuk maju kedepan
Dalam masa yang sama hak dan keharmonian sama-sama dijaga
Saya hanya diam kerana tidak faham dan keliru
Kenapa pula kami bersekolah dengan Boon?
VIII
Akhirnya saya mula faham satu persatu bila menginjak dewasa
Gambaran yang kabur makin jelas
Kini buku yang dulu saya simpan elok tidak lagi jadi rahsia
Ayah tidak marah tapi bangga kerana warisan itu tidak hilang
Saya juga bebas dan tiada takut dengan penjajah
Saya bangga punya ramai kawan
Kami
Berdiri pada jejak tanah yang sama
Menghirup pada nafas udara yang sama
Mencari rezeki nikmat tuhan bersama
Walau ada perbezaan kami selesa bersama
Kerana kami
1 Bangsa 1 Malaysia
3.15am
Gemereh, Segamat
Saturday, May 16, 2009
HOI!!!
oleh Yusrika Bahar
Hoi Lahabau!
Kenapa lakumu jelek?
Sama melayu tapi lain tuju
Mahu senang goyang kaki
Kenapa tidak mahu bersatu?
Kan bagus kalau 1 kapal
Cipta era baru
Hoi Kayu!
Kenapa bengkeng sangat?
Sama Cina tapi lagak lain-lain
Dia kata begitu kau bilang begini
Kan bagus kalau 1 mulut
Semua orang setuju boleh ikut
Hoi Haprak!
Kenapa rusuh begitu?
Sama India tapi pakat tak sama
Tuding orang salah tunjuk orang tak betul
Kan bagus kalau 1 aliran
Boleh menurut tapi bukan Pak Turut
Nak orang pandang tapi tak mahu tandang
Duduk rumah diam-diam tapi sibuk keliling pandang
Kemudian pandai cakap belakang
Bengap
Bila aku maki hamun seranah
Mulalah pandang aku kecil mata
Nafas turun naik darah meluap
Cari salah atas bawah,
kiri kanan,
depan belakang.
Buka mulut macam nak perang
Tangan ikut rasa nak melempang
Angkat kaki dah mula nak terajang
Sedangkan,
Bukan tak boleh fikir sama-sama
Cari jalan betulkan keadaan
Mungkin ada benar
Ada salah tapi tak sedar
Suka orang sanjung tapi tak sedar macam Kaduk naik junjung
Aku tak kata aku betul semua
Aku tak kata aku mahu undi kalian
Aku bukan pemimpin ternama atau orang hebat
Saja mahu bikin panas kerusi dewan
Agar tak tidur gamit mimpi siang hari
Digendong terlepas dikelek tercicir
Bukan sengaja mahu gebang
Kau kata aku saja borak
Terserah!
Kalau bukti dah depan mata
Apa butakah tak boleh nampak?
Bodoh!
Mahu dengar cakap orang buat apa?
Kita yang ada,
Pekakkan telinga
Tuli!
Bila kena sial, kena getah, kena celaka
Pandai pula nak meradang
Tak sukalah,
Tak patutlah,
Kononnya tikam belakang
kononnya tak tahu kenang budi
Aku yang tempatan rasa macam rugi
Walau kaki macam berpijak kat tempat sendiri
Suka sangat dengar orang puji
Sampai punggung tak cecah bontot kerusi
Siap cari siapa mahu puji lagi
Bila orang tuding jari,
Tahu pula melenting sampai tak cukup kaki jejak bumi
Buka buku hukum sana-sini
Sampai lubang cacing sanggup cari
Biar tak lena hingga pagi
Asalakan puas hati sendiri
Kita makan sama-sama
Kita minum sama-sama
Kita ketawa sama-sama
Ke sawah, ke baruh, ke bendang
ke kilang, ke pasaraya, ke jalanraya
Cari rezeki tuhan, cari makan sama-sama
Kenapa mesti paling muka bila tembung?
Bukan minta bayar kalau senyum
Bukan kita letak hukum
Tak mahu dengar kata orang
tapi tunjuk bijak mahu menang
Suka sangat orang luar gelak dekat kita
Sebab tengok kita porak peranda
Kalah jadi abu menang jadi arang
Sudahnya nanti,
Orang sorak rewang, kita melongo melopong
Hoi!!!
Kita boleh sangat 1 kapal
Kita boleh sangat 1 mulut
Kita boleh sangat 1 aliran
Sama-sama bina era maju
Sama-sama setuju boleh ikut
Sama-sama menurut walau bukan Pak Turut
Agar 1 dunia tahu
Ini Tanah Kita
Bukan laman orang.
16 Mei 2009
Bandar Utama, Segamat